Pulau Coron Di Filipina Syurga Dunia Buat Mereka Sukakan Alam Semula Jadi
TRAVELFilipina ternyata memiliki syurganya sendiri. Salah sebuah pulau umpama syurga dunia terletak di Filipina dan dikenali sebagai Pulau Coron.
Coron adalah pulau kecil di Palawan, Filipina yang boleh dicapai kurang dari satu jam penerbangan dari kota Manila, ibu kota Filipina.
Selain Coron, Palawan juga memiliki Pantai El-Nido dan sungai bawah tanah yang terletak di Puerto Princesa, Palawan.
Jika anda tidak mempunya lesen menyelam anda boleh snorkeling pada hari pertama anda menjejakkan kaki di Coron.
Antara kawasan sesuai untuk snorkeling ialah Kayangan Lake, Blue Lagoon dan juga Siete Pecados. Aktiviti snorkeling di sini sungguh menyenangkan kerana tiada ombak ganas hasil daripada bentuk mukabumi Coron yang dikelilingi bukit-bukit yang tinggi.
Selain snorkeling anda boleh menghabiskan masa bersantai di pantai-pantai seperti di Banol Beach, Coral Garden dan Sunkenship. Sunkenship adalah kapal perang Jepun yang tenggelam di dasar laut. Kapal perang itu masih gah meskipun sudah dikerumuni banyak terumbu karang.
Memburu matahari terbenam juga merupakan aktiviti wajib jika anda ke pulau. Ia boleh dilakukan di Mt. Tapyas. Hanya dengan mendaki 700 anak tangga anda dapat menyaksikan keindahan Pulau Coron dari puncak bukit Tapyas.
Ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Coron. Nak tahu lebih lanjut, datanglah sendiri ke Coron!
Jom kita cuci mata dulu tengok2 gambar di Pulau Coron. Gambar google je semua ni. Maybe oneday kot aku akan tangkap sendiri....