Solo Travel : Anda Dah Bersedia Kalau Ada Ciri – Ciri Ini

TRAVEL
October 12, 2018 - 05:39 PM


Mengembara secara berseorangan atau solo travel ni memang menjanjikan pengalaman yang lain daripada yang lain. Kalau nak dicerita, siapa yang tak pernah alami susah nak faham. Cuma, cubalah walaupun sekali. Cuba pergi ke tempat yang sebelum ni korang dah pergi, tapi kali ni seorang diri.

Untuk solo traveller, korang akan lebih bebas untuk meneroka tempat yang korang tuju tu tanpa ‘terikat’ dengan kawan atau jadual. Dalam erti kata lain, kalau korang tak boleh jenis ‘main redah’ tanpa plan ni, solo travel bukan untuk korang.

Jadi, sebenarnya apa ciri-ciri solo traveller? Ini sekadar panduan dan pandangan peribadi. Pada aj, ciri-ciri ni boleh dikatakan majoriti solo traveller ni ada. Nak tahu ciri-ciri macam mana yang patut ada pada solo traveller?

#1. ‘Pakar’ Baca Peta

Dalam erti kata lain, peta tu adalah kawan baik korang masa travel. Tak kiralah versi cetakan, atau peta yang ada dalam smart phone.

Kalau korang pandai baca peta, itu salah satu plus point!

 

#2. Ada ‘Backup’ Segalanya

Paling penting, passport! Korang tahu cara nak settlekan kot-kot passport tercicir dekat negara orang. Yang kedua, contact. Segala nombor kenalan atau orang-orang penting di Malaysia, atau di tempat korang nak tuju tu korang ada habit untuk simpan atau buat back-up. Tak kiralah tulis dalam diari ke, jurnal ke dan sebagainya. Simpan dalam bentuk email atau cloud pun dikira jugak.

Yang penting, korang boleh atau ada akses kepada nombor-nombor berkenaan sekiranya berlaku kecemasan. Ketiga, perbelanjaan. Kalau korang ada habit untuk ‘spare’ duit, atau aktifkan pengeluaran antarabangsa, itu cukup bagus.

Setidak-tidaknya, kalau kecemasan atau perkara yang tak diingini macam kena ragut dan sebagainya, korang ada duit.

 

#3. Teliti

Teliti dan terperinci. Atau bahasa omputihnya, korang sangat detail. Dari segi perjalanan, survey untuk tiket, survey info dan sebagainya. Pokoknya, korang rajin buat research pasal sesuatu tempat. Sampai kalau member nak travel pun, dia akan tanya korang nak kemana dan sebagainya.

 

#4. Mesra Alam

Salah satu ciri yang kena ada pada solo traveller adalah ‘mesra alam’. Maksudnya, korang tak berat mulut nak berkomunikasi dengan orang yang korang tak kenal. Lagi-lagi untuk tanyakan arah, tanya tempat makan best sehinggakan nak ambil gambar orang pun, korang mintak kebenaran. Itu bagus, bukan semua orang suka kita snap gambar diorang.

 

#5. Tak Kisah Sunyi

Bila travel solo ni, korang faham-faham lah. Korang akan berseorangan sepanjang trip. Katalah waktu menunggu flight, tunggu transport dan sebagainya. Kalau korang boleh, dan tak kisah sangat ‘sunyi’, dah boleh dah travel solo. Tapi, korang kena tahu lah perkara-perkara yang tak best pasal solo travel ni.

 

#6. Sentiasa Tenang

Tenang dalam semua perkara, jangan kelam kabut. Tertinggal bas, tenang. Pergi ke kaunter, beli tiket lain. Kalau korang macam ni, tahniah. Ciri-ciri tu dah ada dah. Layak sangat nak travel solo.

Kalau korang cepat panik, susah la sikit. Bukan tak boleh, tapi kalau satu-satu perkara atau masalah yang jadi tu, korang hadapi dengan tenang, lagi senang settle.

 

#7. Mudah Sesuaikan Diri

Tak kiralah pelusuk mana pun korang pegi, kalau korang mudah nak ‘blend in’, korang tak aka nada masalah. Penyesuaian diri dari segi nak bawak diri kat tempat orang ni biasanya ramai tak reti. Lagi-lagi kalau korang ni jenis pemalu.

Biasanya, bila kat tempat orang, makanan dia tak kena dengan tekak. Jadi, kalau korang lambat nak sesuaikan diri, susah la nak travel sorang. Atau, korang bawak makanan sendiri, contoh makanan yang selalu traveller bawak ada pelbagai, masak sendiri aje. 

 

#8. Suka Fikirkan Risiko

Ye, risiko untuk travel solo ni sangat tinggi. Terutamanya dari segi keselamatan. Tak kira lelaki atau perempuan. Ciri nombor 8 ni banyak berkait dengan ciri-ciri yang disebutkan diatas.

Sebabnya, ada banyak jenis risiko yang korang boleh hadapi masa travel dan kalau korang dah fikirkan segala risiko ini, setidak-tidaknya korang tahu apa yang korang perlu buat bila masalah tu terjadi. Cuma, jangan over think. Kalau over think, korang tak akan jadi travel.

 

#9. Minda Yang Terbuka

Bab open minded ni, pada aj sangat luas. Dari segi apa yang korang kena bukak fikiran adalah, cara pemikiran orang tempatan, cara kehidupan diorang terima tetamu dan sebagainya.

Selain itu, korang kena belajar untuk terima pendapat atau apa sahaja yang korang akan pelajari masa di tempat orang nanti.

 

-aj yang rajin jugak solo travel-