Tempat Menarik di Semporna, Sipadan, dan Tawau

TRAVEL
June 26, 2019 - 02:44 PM


#Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang merupakan salah satu daripada lapan pulau yang terdapat di Taman Marin Tun Sakaran. Manakala tujuh pulau lain yang meliputi Taman Marin ini ialah Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pulau Maiga, Pulau Selakan, Pulau Sebangkat, Pulau Tetagan dan Pulau Bodgaya.

Keistimewaan Pulau Bohey Dulang ialah pulau ini mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter. Dari situ, korang akan dapat menikmati pemandangan sangat indah keseluruhan laut membiru dan tumbuhan menghijau mekar.

Pulau Bohey Dulang terbentuk dari batuan volkanik dan meliputi kawasan seluas 313 hektar. Bulan Februari sehingga April adalah waktu terbaik untuk melancong ke Bohey Dulang kerana cuaca pada bulan tersebut sangat baik, tiada hujan atau ribut.

#Mantabuan

Dari Pulau Bohey Dulang, kami terus menuju ke Pulau Mantabuan. Jarak masa antara dua buah pulau ni ialah kira-kira 7 minit. Pulau ni terkenal dengan keindahan terumbu karangnya. Tapi, sayang seribu kali sayang, time kami sampai, paras laut sudah tohor. Jadi, not much we can do. Mau snorkeling pun cuma di tepi-tepi pulau saja sebab bot tidak dapat lalu to the other side of the island. Sempat jugalah berendam snorkeling sekejap tengok batu-batu karang.

#Tatagan

Pulau Tatagan ini sangat istimewa bagi aku. Aku dah sampai kat sini dua kali. Kali kedua memang aku dah prepared tak terkejut semasa first time dekat sini. Namun ianya tetap meruntun dan sesekali merentap perasaan dan jiwa aku sebagai seorang manusia apabila melihat penduduk bajau laut. Rasa bersyukur dalam diri terbit serta merta. Namun tiada sedikitpun perasaan mengeluh di wajah mereka walaupun hidup dalam serba serbi daif. Hanya wajah gembira sahaja terpancar di wajah mereka tatkala kami sampai memberi makanan kepada mereka. Bersedialah untuk bot anda dikerumu oleh mereka.

Mula-mula aku terfikir nak bawa gula-gula tapi, diorang jenis lepas dapat kulit coklat tu diorang buang dalam laut macam tu jer. Jadi untuk elak dari pencemaran air laut yang jernih korang boleh bawa buah yang siap di potong untuk diorang.

#Sibuan Island

Jarak masa antara Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan ialah kira-kira 20 minit macam tu. Cuaca sangat baik time tu. Laut sangat tenang. Jadi perjalanan yang jauh pun rasa sekejap.

Pulau ni kecil saja. Tapi, apa yang menarik tentang tempat ni ialah pantainya yang putih meleret jauh ke laut. Sangat insta worthy. Apa saja yang aku gambar di sini, semuanya turn to very beautiful photos.

Selain itu ada juga Timba Timba dan Pom-Pom & Bum-Bum yang boleh korang pergi.

Untuk hari kedua di Sipadan kami buat Island Hopping di pulau-pulau yang aku sebutkan kat atas tu. Pakej ini dah sedia dengan makan tengah hari siap-siap dah. So tak yah risau pasal makan. Cuma sayangnya aku masih lagi tak berpelung untuk hiking Bohey Dulang. Kali kedua aku datang sini dan masih lagi tak boleh hiking sebab cuaca hujan. Mungkin kena datang kali ketiga kot.

#Regatta Lepa 2019

Hari keempat aku dah check in dari Sipadan Mabul Resort dah. Untuk hari ke 4 aku ada satu program terbesar dekat Semporna iaitu Regatta Lepa 2019. Regatta Lepa ini adalah pesta air tahunan yang diadakan di Semporna, Sabah. Kali ini Regatta Lepa merupakan pesta air terbesar sepanjang dalam sejarah penganjuran Regatta Lepa.

Ini kali pertama aku tengok depan mata Regatta Lepa. Menarik dan sangat unik. Ada lebih kurang 500 perahu yang terlibat dalam upacara Regatta Lepa 2019 ini. Selain itu, ada juga pertunjukkan macam mana abang-abang askar laut dan PASKAL bertugas dan berhadapan dengan musuh negara di perairan Sabah ni. Kita pun tahu bermacam-macam kes yang kita dengar di Semporna ini yang melibatkan penculikan dan sebagainya. Namun, dengan ketangkasan abang-abang PASKAL dan NAVY perairan Sabah selamat dan para pelancong tidak perlu risau jika nak datang ke Semporna.

Turut hadir di Regatta Lepa 2019 juga adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berpendapat Penganjuran Regatta Lepa Semporna mampu memberikan limpahan dan impak besar untuk memajukan daerah itu sebagai promosi menggalakkan daripada sudut pelancongan sekaligus menjana ekonomi penduduknya.

Actually aku tak dengar sangat ucapan Datuk Seri tu sebab excited tengok perahu yang dihias cantik-cantik untuk perarakan ini. Jika korang nak plan untuk datang bercuti bolehlah plan tahun depan semasa Regatta Lepa. Tapi serius weh ramai gila orang. Lagi-lagi malam tu ada persembahan dari Dato Seri Siti Nurhaliza.

Dah habis Lepa, kami akan terus ke Tawau tapi sebelum tu, aku singgah dulu di Muzium Tun Sakaran. Jujurlah aku ni bukan minat sejarah tapi bolehlah sikit. Kalau korang yang minat sejarah tu luangkanlah sedikit masa di muzium ni.

Update: kami sempat juga hiking Bukit Tengkorak. View kat atas nice kalau korang pandai ambil shoot dan ada editing skill yang mantap. (do u know what i mean?) hehe

#Tawau

Tawau adalah destinasi terakhir dalam trip jelajah Sabah. Memang kebiasaan Tawaulah titik akhir sebab ia terletak di bawah sekali dan ada flight direct ke KL dan Kota Kinabalu. Ok dekat Tawau ni aku dah 2 kali sampai. Ada banyaak tempat menarik yang korang boleh pergi.

Tawau juga tempat shopping paling murah dan best di Sabah. Kalau korang nak cari seafood, ikan bilis mata biru dan keropak di Sabah, kat Tawaulah tempatnya. Sebab tu Tawau jadi destinasi terakhir. Dan satu lagi ikan bilis mata biru tu memang asal dekat Tawau. Kalau korang beli dekat KK tu ianya datang dari Tawau. Maksudnya lebih murah kat Tawau.

Kalau korang nak beli semua tu boleh ke Tawau Tanjung Market.

Kaki gila seafood inilah tempat nak makan seafood fresh, murah dan sedap!

Sebelum aku habiskan duit di Tawau Tanjung Market, aku beraktiviti dulu. Nak bagi fit sikit sebab dah beli siap-siap kasut dan kelengkapan hiking di Montanic Adventure kan. So pagi-pagi lagi kami dah hiking Tawau Hills Park.

Tawau Hills Park

Taman Negara Bukit Tawau atau juga dikenali sebagai Kawasan Peranginan ‘Table’. Tempat ini menjadi kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan hutan rimba dan kedamaian deruan air terjun dan jeram yang mempesona. Di Taman Bukit Tawau ini juga disediakan kemudahan hotel dan chalet dengan harga yang berpatutan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.

Selain itu, di sini juga disediakan kawasan untuk mereka yang suka mengadakan aktiviti perkhemahan. Mengikut maklumat pihak Pengurusan Taman Bukit Tawau ini, terdapat juga sebuah pokok tertua yang dikatakan adalah yang tertinggi di Asia Tenggara berdekatan taman peranginan ini. Pokok ini adalah daripada jenis pokok Tualang atau di Sabah ia lebih dikenali sebagai Pokok Menggaris.

Dah hiking penat-penat, aku singgah dekat Teck Guan Cocoa Museum. Sebab kuih koko dan air koko dia sedap. Haha Serius weh sedap gilaaa….Kalaulah aku pandai masak aku dah buat dah kuih koko tu.