Tips dan Panduan Mendaki Gunung Kinabalu





Puncak tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu merupakan salah satu gunung yang berada dalam senarai ‘wajib’ tawan untuk pendaki atau hikers di Malaysia. Dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari paras laut, Gunung Kinabalu merupakan puncak kelima tertinggi di Asia Tenggara.

Terletak di dalam salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, Taman Negara Kinabalu, lebih daripada 40 ribu orang pendaki akan mengunjungi gunung tersebut untuk menikmati keindahan flora, fauna dan pemandangan dari puncak tertinggi di Malaysia tersebut.

Masa Terbaik Mendaki Kinabalu

Kalau nak diikutkan, GUnung Kinabalu boleh didaki sepanjang tahun. Cuma, dikatakan, waktu paling sesuai untuk mendaki Gunung Kinabalu adalah sekitar bulan Mac dan Ogos. Ini adalah disebabkan oleh musim kering yang melanda Malaysia dan pendaki boleh ‘mengelak’ dari hujan monsoon.

Katanya, kalau musim hujan kita naik ke atas, ada peluang nak jumpa ‘salji’ di puncak.

Perlu Buat Tempahan

Kalau berminat untuk mendaki Kinabalu, memang disarankan untuk buat tempahan secepat mungkin. Buat masa sekarang ni, ada had pendaki yang dikeluarkan dan setiap hari hanya 185 permit yang dikeluarkan oleh Sabah Park dan ada beberapa route yang korang boleh pilih. 

Paling selamat, dan paling murah (setakat ini) kami jumpa di laman web Sabah Park sendiri. Penginapan termasuk makan RM400 di Panalaban Hostel atau nak lagi murah di Lemaing Hostel RM200.

 

Kos Mendaki Gunung Kinabalu

Kalau google, memang banyak syarikat yang tawarkan pakej mendaki Gunung Kinabalu dan harga bermula antara RM600 hingga Rm2000.

Apa yang membuatkan pendakian ini mahal sebenarnya adalah penginapan di sana dan kos lain-lain.

Macam biasa, kami akan syorkan yang paling murah dan selamat serta dipercayai iaitu melalui Sabah Park. Sebelum mendaki, perlu mendapatkan permit. Permit yang dikeluarkan oleh Sabah park adalah Timpohon – Panalaban – Low’s Peak (Puncak Tertinggi Kinabalu).

Kos yang perlu diambil kira adalah : i) Permit Mendaki ii) Guide iii) Tempat Tinggal

Permit untuk pemegang MYKAD : RM 50 seorang (18 tahun ke atas) / RM30 (Bawah 18 tahun)

Harga untuk Guide : RM 230

Total : RM280 untuk guide dan permit mendaki.

 

Harga Pakej

Melalui laman web Sabah Park, terdapat 2 penginapan yang ditawarkan dan kedua-dua mempunyai pakej mendaki.

Pilihan A : Panalaban Hostel – RM457* + RM230 untuk seorang guide.

Kos untuk guide ni kan, seorang guide boleh bawa 5 orang pendaki. Jadi, Rm230 dibahagikan kepada 5. Jadi, seorang RM46. Kalau nak print sijil RM10 dan korang kena tambah RM3 untuk bayaran konservasi.

Jadi; kos pakej Panalaban RM516.

 

Pilihan B : Lemaing Hostel – RM 260* + RM230 untuk guide.

Sama juga dengan pakej A, Rm230 bahagi 5. Jadi secara total, RM 319.

p/s : Untuk bayaran, harga bertanda * boleh dibayar melalui online banking dan sebagainya. Bayaran konservasi RM3 + sijil RM10 dan guide RM230 tu kena bayar secara tunai di Kinabalu Park atau Kundasang.

 

Kelengkapan Yang Perlu Dibawa

Dengan ketinggian 13,435 kaki dari paras laut, pendakian ke puncak Kinabalu memang mencabar jika tidak mempunyai kelengkapan mendaki atau hiking yang sepatutnya.


Kredit : MountKinabalu

Perlu diingatkan, kebiasaan trip untuk mendaki Gunung Kinabalu akan mengambil masa 2 hari 1 malam. Suhu di sekitar Kinabalu Park adalah antara 15 hingga 24 darjah Celsius, dan di puncak mencapai 4 darjah Celsius dan mungkin kurang dari itu. Jadi, pakaian yang sepatutnya adalah penting.

  • Pakaian tebal / Jaket Waterproof
  • Kasut bersesuaian
  • Lampu suluh
  • Baju hujan
  • Wisel
  • Stokin Tebal
  • Kit Perubatan
  • Air / Makanan Tenaga (power bar, glucose dan lain-lain)

Dalam erti kata lain, bawa apa yang perlu. Sebab mendaki kan, jadi jangan lah bawak gitar ke, laptop ke dan sebagainya.


Kredit : MountKinabalu

Untuk pengetahuan, korang yang berminat nak daki gunung Kinabalu boleh terus hubungi Kinabalu Park untuk tempahan. Difahamkan, slot untuk pendakian bulan November dan Disember masih banyak. Hehe. Jom?

Maklumat lanjut, boleh rujuk di laman web Sabah Park.

 

;