10 Tempat Makan Menarik Jika Anda Bercuti Ke Kelantan Pada Musim PKPP Ini

FOODIE
June 17, 2020 - 01:15 PM


Meskipun ramai yang sering mengaitkan makanan orang Kelantan yang sukakan manis, namun sebenarnya negeri Cik Siti Wan Kembang ini ibarat syurga makanan yang tak kurang lazatnya.

Jika anda melancong ke Kelantan atau ada yang baru nak kelik kampung selepas berbulan-bulan lamanya tak dapat jejakkan kaki ke kampung halaman, berikut kami senaraikan 10 tempat makan menarik terbaharu yang beroperasi ketika ini dengan SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

1) KEDAI BIHUN SUP PANTAI DASAR 

Kedai ini boleh menjadi pilihan pertama untuk anda mengisi perut sekiranya baru sahaja mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu.

Dari airport anda hanya perlu memandu straight dan jumpa cabang 4 sabak, belok sebelah kiri dan Kedai Bihun Sup Pantai Dasar ini terletak tidak jauh dari kawasan Pantai Sabak.

Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis menu berasaskan sup panas yang dipenuhi dengan isi daging dan perut lembu dengan harga serendah RM4 sahaja!

Makanan ringan seperti jeruk dan keropok lekor juga ada.

WAZE: Kedai Bihun Sup Pantai Dasar

TAHAP KESEDAPAN: 9/10

ALAMAT: Jalan Pantai Sabak, Pengkalan Chepa

2) BALOH JEMBAL 

Baloh Jembal adalah sebuah restoran yang beroperasi di premis berkonsepkan istana melayu tradisional.

Baloh Jembal sesuai untuk membawa family,kawan-kawan, makan tengah hari, makan malam, minum petang, majlis keraian khas, majlis hari jadi, majlis perkahwinan dan lain-lain.

Bagi siapa yang nak rasa hidangan selera kampung seperti nasi ulam dengan Ikan Bekok, singgang daging ulam budu, asam pedas ikan patin ulam budu, makanan panas dan juga menu western boleh singgah makan tengah hari di sini.

Jangan risau walaupun anda makan dengan suasana istana lama namun restoran ini mengamalkan SOP yang ketat seperti yang telah ditetapkan Kerajaan.

ALAMAT: Lorong Sri Madani, 15200 Kota Bharu, Kelantan
WAKTU OPERASI : Sabtu - Khamis 12 t/hari - 11 mlm & Jumaat : 3 ptg - 11 mlm

3) MEE CELUP VIRAL KELATE

Anda mengidam nak makan mee celup best di Kelantan yang lain dari lain? Jika ya, anda boleh saja mengunjungi ke mana-mana kedai yang berhampiran dengan lokasi anda.

Anda boleh pilih sama ada di Kota Bharu, Ketereh, Peringat, Bachok, Tumpat mahupun Pasir Mas!

1- Mee Celup Lauk Stambung Warung Raysha Kok Lanas Ketereh
2- Mee Celup Warung Maggi Sotong Kg. Dalam Rhu Tumpat
3- Mee Celup Mek Kelate Kg. Lubok Kawah Pasir Mas
4- Mee Celup Bonda Din Wakaf Tok Wali Peringat
5- Mee Celup Warung Sup Berek 12 Kota Bharu
6- Mee Celup 3 Beradik Bachok

4) KB THAI RESTAURANT

Bagi siapa yang teringin nak menikmati Tomyam Poktek yang sedap umpama makan tomyam di Thailand, anda dicadangkan untuk singgah menjamu selera di restoran KB Thai ini.

Selain harga makanannya yang murah, ruang makan di restoran ini juga besar dan berhawa dingin, cukup selesa untuk keluarga besar anda menjamu selera.

Selain Tomyam Poktek, antara menu yang wajib anda cuba adalah Sup Ekor dan Lobster Buttermilk yang cukup istimewa ini.

ALAMAT: Jalan Yaakobiah (hadapan lagi dari Masjid Hijau)

NO TELEFON: 014-508 0549

WAKTU OPERASI: Dari 4.00 ptg - 1 pagi (setiap hari)

WAZE: KB THAI RESTAURANT

5) D'ROFA MAGGI SOTONG GERGASI 

Siapa yang suka mencuba menu viral seperti maggi sotong gergasi anda boleh singgah di D'rofa Maggi Sotong Gergasi Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

Selain maggie sotong, anda juga boleh cuba hidangan Shell Out mereka yang sangat murah hanya RM10 sahaja.

Antara menu lain di kedai ini adalah udang goreng celup, mee udang, sotong dan udang bakar, somtam seafood, mee udang galah serta nasi goreng udang galah.

ALAMAT: Jalan Kota Bharu - Pengkalan Kubor, 16210 Tumpat, Kelantan

WAKTU OPERASI: 4 petang - 12.30 tengah malam (setiap hari)

NO TELEFON: 011-2572 0084

6) KAK NA MEE CELUP

Jika anda berjalan-jalan ke Pasir Mas, jangan lupa untuk singgah ke kedai makan viral ini iaitu Kak Na Mee Celup.

Walaupun mee celup di sini nampak ringkas iaitu mee yang dimakan bersama sup ayam atau daging atau urat keting serta diperasakan dengan cili dan kicap, tetapi rasanya memang sedap dan tak mustahil untuk anda kembali semula makan di kedai ini.

ALAMAT: Kampung Kelar, Pasir Mas

WAKTU OPERASI: 9 pagi - 6 petang

7) WARUNG MAGGI SOTONG DALAM RHU

Jika anda penggemar maggi sotong jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di warung ini.

Istimewanya maggi sotong di sini anda boleh pesan mengikut selera inginkan sotong special, double special atau triple special.

Harganya juga cukup murah dan paling mahal pun harga maggi sotong triple special iaitu RM20 sahaja.

Selain sotong, anda juga pilih untuk makan bersama udang, telur sotong ataupun ketam.

ALAMAT: 611C KAMPUNG DALAM RHU TUMPAT KELANTAN

NO TELEFON: 017-9585402

WAKTU OPERASI: 10 pagi - 7 malam (setiap hari kecuali Rabu)

8) MEE CELUP BONDA DIN

Ini satu lagi pilihan kedai makan bagi anda yang ingin merasai keenakan mee celup yang terkenal di Kelantan.

Istimewanya mee celup di sini adalah ia dihidangkan bersama telur joget dan perut yang dikatakan antara yang terbaik di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

ALAMAT: Kampung Wakaf Tok Wali, 16400 Melor, Kelantan

NO TELEFON: 019-665 3918

WAKTU OPERASI: 12 tengah hari - 6 petang (setiap hari kecuali Isnin)

9) NASI AYAM GEPUK PEDAS BERAPI

Bagi yang sukakan makanan pedas dan ala-ala hidangan Indonesia, anda boleh merasai ayam gepuk di kedai Nasi Ayam Gepuk Pedas Berapi.

Ramai yang dah cuba makan di sini memang sukakan sambalnya yang power dan berapi! 

ALAMAT: Jalan menghala ke Kubang Kerian dari Pasir Tumboh atas dari PKT ( Pasir Tumboh ) sebelum BHP Chicha Kubang Kerian, Kelantan.

NO TELEFON: 012-868 9493

WAKTU OPERASI: 11 pagi - 7 malam

10) KAK MAH SATE 3 MACHANG

Anda penggemar hidangan sate? Pernah cuba makan sate daging wagyu dan sate ikan tuna?

Jika ya dan kebetulan anda sedang berada di Machang, Kelantan -- anda bolehlah cuba makan sate yang agak 'rare' itu di Kak Mah Sate 3 Machang.

ALAMAT: No.2, Hutan Kuing, Jln Machang, Tanah Merah, 18500 Machang, Kelantan

NO TELEFON: 011-3747 6233

WAKTU OPERASI: 4.30 petang - 1.30 pagi (setiap hari kecuali Selasa)

Sumber: Kelantan FB

Baca Artikel Terdahulu: 

44 Senarai Tempat Makan Menarik di Negeri Kelantan

Lokan Bakar Cheese Tarikan Baharu Pasar Terapung Pulau Suri, Kelantan

Aktiviti Menarik & Tempat Makan Best Di Jeli, Kelantan

 

Destination: