5 Tempat Makan Menarik di Langkawi





Langkawi antara tempat yang popular untuk melancong dan menjadi pilihan mudah kalau korang bercadang untuk bawa keluarga anda bercuti. Untuk korang yang bercadang nak bercuti di Langkawi boleh baca artikel kami sebelum ni.

Info Ringkas Travel Ke Pulau Langkawi

5 Tempat Paling Popular Untuk Di Lawati

Tempat makan di Langkawi agak banyak, tapi masalah yang selalu dihadapi oleh pelancong luar adalah harga yang agak mahal. Di sekitar Pantai Chenang untuk dapatkan kedai makan yang murah hampir mustahil kerana harga di kebanyakkan kedai agak cekik darah. Tak sesuai untuk pelancong tempatan.

Namun tak mengapa, di sini kami cadangkan 5 tempat yang korang boleh pergi untuk makan di Langkawi. Harga nak kata murah sangat memang tak tapi bolehlah dari tak ada kan?

Kredit kepada ig: fatinsihan

#1. Restoran D Saji 

Restoran ni ada macam-macam menu, masakan thai, dessert, steamboat pun ada! Patotlah ramai, sebab ada pelbagai jenis makanan. Kitorang order tomyam, kangkung belacan dan ikan siakap masak pedas. Untuk siakap tu, aku dah inform dia beberapa kali untuk ambil size yang paling kecik dia ada hahaha (Yelah, dah 2 orang je nak makan). Haa sekali datang besar jugak ikan, tapi alhamdulillah habis jugak hehe. Untuk makanan aku order ni, harga RM58. Siakap & kangkung belacan dia boleh tahan sedap, cuma untuk tomyam tu okay-okay je.

#2. Kak Yan Nasi Campur

Memang patotlah ramai gila orang datang sini, sekali dengan matsaleh pun join. Sebab banyak gila lauk untuk nasi campur, boleh kata panjang 6-7 meja jugak lah lauk-lauk yang dia ada. Bukan setakat nasi, laksa, bubur, kuih-muih, buah-buahan dan ikan bakar semua ada. Harga pun murah jugak, RM18 untuk 2 orang makan. Kitorang ambil ayam goreng, ikan pari air asam, sayur, sagu gula melaka dengan air RM1. Makanan dia sedap jugak! Cuma air asam dia tak power sangat.

#3. Nasi Dagang Pak Malau

Kalau kat sini, memang layan lah makan. Sebab dapat layan view sambil angin sepoi-sepoi (kalau ada angin, kalau tak layan panas matahari lah ye haha). Dia ada beberapa jenis lauk untuk nasi dagang, kitorang cuba ikan gulai, ayam berempah dengan daging kerutub. Memang sedap ikan gulai dia, cuma aku taktau daging kerutub tu masakan apa, dia macam daging masak hitam. Tapi rasa dia not bad, sedap cuma ada manis-manis sikit. Harga untuk lauk kitorang ambil sekali air, RM30 dua orang. Agak mahal tapi berbaloi.

#4. Jom Ikan Bakar

Untuk bakar-bakar, aku recommend this place. Sebab perapan bakar dia memang sedap!!! Tak tipu. Kitorang cuba daging bakar dengan ayam bakar dia. Pehhhh! Perapan dia tu memang meresap masuk dalam daging dengan ayam. Tambah pula air asam dia meletoppp sedapp, cukup rasa dan pedasssss! I like! Serious tak menyesal datang hahaha. Harga RM18 untuk dua orang.

#5. Laksa Ikan Sekoq

Tadaaaaaa!!! Kalau datang Langkawi tak cuba Laksa Ikan Sekoq ni tak sah. (To be exact, kalau datang Utara, haha). Serious sedap. First sekali, warung dia tepi airport, which mean kita boleh layan depart dan landing flight. Dekat tepi airport tu ada beberapa lori jual laksa ni, korang pilih jelah yang mana korang nak, ada laksa ikan sekoq, ada laksa teloq bersarang. Haaa pilihhhh! Secondly, warung dia juga tepi pantai, memang layan ah view, bunyi ombak dan angin laut. Thirdly, laksa dia sedap! Koey teow goreng dia je kurenggg. Harga RM18 untuk 2 orang.

 

;