ADS CORNER'S - Jom Minum Teh Tarik Madu Kaw Dan Makan Nasi Kak Wok Padu Di Johor

MAKAN-MAKAN
November 16, 2020 - 03:32 PM


Beberapa tahun yang lepas, viral gambar-gambar teh tarik berbuih yang meleleh keluar dari cawan di media sosial. Kalau korang nak tahu, gambar tersebut sebenarnya datang daripada sebuah kedai yang sangat terkenal dengan kesedapan nasi kak wok dan teh tarik madu mereka. Kedai tersebut adalah Ads Corner's yang terletak di Johor Bahru. 

Tapi sebenarnya Teh Tarik Madu ni dah lama ada di Malaysia, cumanya yang membuatkan Ads Corner's ni famous adalah dengan variasi mereka yang menggunakan teknik yang sama kepada air-air lain seperti bandung hinggalah ke green tea. Dan kena dengan nama air tersebut, air ni memang sedap, manis, dan kaw untuk diminum menjadikan kedai ini feveret dalam kalangan rakyat Johor.

Tapi bukan tu je yang ada di Ads Corner's ni, nasi kak wok mereka pun memang padu guys. Ori dari resipi Kelantan, nasi kak wok mereka menjadi rebutan orang ramai yang sentiasa membuatkan kedai mereka penuh dengan pelanggan. Malah ada juga rakyat dari Singapura yang datang ke Johor hanya semata-mata nak makan nasi kak wok mereka.

Dan akhir sekali sebagai pencuci mulut sudah tentunya korang boleh order Melon Bingsu di sini. Ads Corner tidak menggunakan mangkuk macam kedai lain ya, ais tersebut akan diletakkan di dalam buah melon. Jadi memang fresh habis rasa bingsu tersebut. Makanan feveret lain pula adalah nasi kerabu dan sedap gila tau kedai ni buat.

Jadi kalau korang tak pernah pergi makan di kedai ni, dan ingin mencari kedai baru untuk menjamu selera datanglah ke Ads Corner's di Johor Bahru. Dan kalau korang datang lewat sikit kemungkinan besar untuk beratur sampai luar kedai tu ada (gambar di atas gambar lama), jadi make sure datang pada waktu yang betul okay? Untuk info lanjut korang boleh pergi ke laman media sosial mereka di bawah. Selamat menjamu selera!

Alamat: 44, Jalan Kebun Teh 1, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

Facebook | Instagram 

Destination: 
Artikel berkaitan