Bangpon Cafe n Bistro - Burger Sebesar Sport Rim? Biar Betul!

FOODIE
November 23, 2020 - 02:04 PM


Semua orang mesti pernah makan burger kan? Tapi korang pernah ke makan burger bersaiz gergasi yang menyamai tayar motosikal. Mesti terkejut kan, tetapi Bangpon Café & Bistro ini sememanya terkenal dengan menyediakan burger gergasi tersebut kepada para pelanggannya.

Kafe yang terletak di negeri Indera Kayangan ini semestinya menyajikan pelbagai makanan western yang cukup unik dari segi rasa, nama dan saiznya. Meskipun cafe ini dilihat cukup santai, namun pengunjung yang hadir bukan hanya terdiri dari penduduk setempat, malahan pelancong asing juga yang tidak mahu melepaskan peluang merasai sendiri keunikkan juadah yang disajikan di sini.

Menurut pemilik Bangpon Café, Saifol Hanizan Abd Hamid, gerai ini diberi nama Bangpon semperna nama gelaran keluarga dan kawan-kawan kepada dia. Disini korang boleh pilih dan cuba 40 jenis burger dengan rasa dan nama yang unik. Namun, antara menu paling menarik disini adalah Bergedik. Korang jangan cuba-cuba makan sendiri Bergedik ni, kerana saiznya yang sebesar tayar motorsikal. Hidangan ini dicadangkan boleh dimakan dalam kumpulan 6-10 orang untuk 1 hidangan.

Gerai ini kini semakin dikenali ramai di media sosial seperti Facebook dan Instagram dan juga pernah dikunjungi oleh selebriti dalam program makanan di television. Dibuka pada jam 6 petang sehingga lewat malam, semestinya dapat memenuhi citarasa korang yang inginkan kelainan makanan pada waktu malam. Ingat, dinasihatkan korang call dulu sebelum datang sebab takut menunggu lama atau tiada tempat duduk nanti.

Jadi pada korang yang bercadang ke Utara terutamanya ke negeri Perlis, boleh lah singgah ke café ni dan cuba sendiri hidangan mereka yang pastinya unik dan mempunyai rasa yang tersendiri. Tetapi ingat, kalau order bergedik tu, ajak sekali kawan-kawan dan saudara mara. Takut tak abis makan kalau pergi sorang-sorang

Destination: