Cafe Takdak Nama - Membawa Satu Kelainan Dengan Susunan Double Decker Buat Pelanggan

FOODIE
November 05, 2020 - 03:04 PM


Kita dah biasa tengok cafe dengan hiasan-hiasan cantik, moden, minimalistik, dan tradisional. Tapi ni kali pertama nampak cafe yang menggunakan sususan double decker untuk meja pelanggan. Ini secara tidak lansung menarik perhatian orang ramai terhadap keunikan di cafe ini. Dan kafe ini juga mempunyai nama yang sangat unik iaitu 'Cafe Takdak Nama By Mamak Kwang Soo'.

Cafe Takdak nama ni bukanlah cawangan pertama yang di buka di Malaysia. Ianya merupakan cawangan kedua selepas dibuka di Bayan Lepas, Penang. Selain daripada astetik unik yang menarik perhatian, hidangan yang disediakan di cafe ini juga sangat sedap dan mendapat pujian daripada pelanggan. Hidangan seperti chicken chop, lamb chop, carbonara, dan makanan western lain menjadi tarikan di sini.

Malah cafe ini juga pernah viral di Facebook page Memes yang membuatkan cafe ini terkenal di seluruh dunia dengan kreativiti mereka. Bukan tu je, dalam kalangan netizen tempatan juga cafe ini mendapat perhatian daripada orang ramai apabila Twitter Malay Food Porn membuat ciapan mengenai cafe ini. Dan nampaknya ramai juga netizen yang terhibur dengan konsep double decker cafe ini. 

Jadi tak kiralah korang berada di Kedah ataupun Penang, korang boleh pergi ke cafe ini menggunakan alamat di bawah:

Sungai Petani: 3, Jalan Perdana Heights 1/2, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Bayan Lepas: 2A, Persiaran Mahsuri 2, Bandar Sunway Tunas, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Dan ingat, korang kena sentiasa jaga SOP dan penjarakan sosial 1 meter, dan jangan lupa pakai mask okay? Enjoy bergambar dan makan di cafe unik ni!

 

 

Destination: