Chaopraya Antique Cafe, Pengalaman Unik 'Dine-in' Dalam Banjir!

MAKAN-MAKAN
November 08, 2021 - 11:00 AM


Lokasi kali ini memang sesuai untuk korang yang suka explore port-port makan yang menarik! Tapi bukan dalam Malaysia, korang kena terbang ke Nonthaburi, Thailand! Disclaimer, rasanya restoran ni non-halal.

Chaopraya Antique Cafe ini memang lain macam la servis yang dorang tawarkan! Satu restoran yang sangat unik dimana pelanggan boleh rasai sendiri pengalaman dine-in dalam banjir! Rumah kayu dua tingkat ini telah diubah menjadi satu restoran yang kini menarik ramai pelanggan.

Sedikit penjelasan, macam mana boleh banjir di kawasan restoran ini kan? Ini disebabkan hujan lebat yang sering kali turun berpunca dari ribut tropika, hujan monsun dan juga air pasang.

Korang bayangkanlah kalau nak ke meja kan, terpaksa meredah air banjir dan kemungkinan besar korang akan terkena dengan percikan air sungai sebab kadang kala ada bot yang lalu di sungai Chao Phraya, yang terletak bersebelahan dengan restoran. Selain dari itu, korang mungkin jugak terpaksa habiskan makanan semua ketika air pasang! Fuh lain macam punya thrill ni! 

Restoran ini dibuka pada waktu makan tengah hari bermula dari 11 pagi hingga 2 petang. Pada pukul 3 petang pulak dorang buka pesanan untuk "Mu Kratha" satu hidangan gabungan antara Korean BBQ dan Steamboat Cina.

Restoran ini memang tengah viral sekarang di Thailand, dan mendapat sambutan yang meriah di kalangan pelancong dalam dan luar negara. 

Destination: