Korang Craving Nak Makan Cheesy Food? Ini 4 Restoran Di Selangor Yang Korang Boleh Pergi

FOODIE
November 17, 2020 - 05:29 PM


Korang tengah craving nak makan something cheesy? Jangan risau, di Selangor ni ada banyak tempat yang korang boleh pergi untuk memuaskan craving korang tu. Tapi kena ingat ya, SOP dan penjarakan sosial perlu dijaga okay? Jadi inilah dia 4 restoran yang korang boleh pergi di Selangor untuk makanan cheesy!

 

1. RSMY

Kalau korang peminat tegar cheesy food, korang mesti pernah dengar nama restoran ini. Kami suggest untuk pergi ke branch Bangi untuk dapatkan kepuasan yang lebih. Makanan yang famous di sini adalah naan cheese cair dia, memang meleleh habis dan sedap gila. 

Alamat: G8, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 11.30 pagi hingga 1 pagi, setiap hari (Sebelum PKP)

 

2. Nachoslah

Nachos sememangnya makanan famous di luar negara seperti Mexico dan Amerika. Terkenal dengan chips dan cheesy, Nachoslah mengetengahkan elemen baru dalam nachos mereka. Dengan meletakkan makanan tempatan seperti rendang ayam dan daging sebagai filling, memang tak hairanlah Nachoslah ni famous dalam kalangan food hunter.

Alamat: The Port Damansara, Jalan Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 6 petang hingga 1 pagi, setiap hari (Sebelum PKP)

 

3. Grease Cheesesteak

Siapa yang selalu teringin nak try cheesesteak macam dalam movie dan tv series hollywood tu korang dah boleh makan di Shah Alam sekarang ni. Kami recommend untuk korang makan Texas Chili Cheesesteak dia, memang juicy daging tu dan cheese dia meleleh habis. Walaupun dah kenyang, rasa nak tambah lagi!

Alamat: 1-10-1 Presint Alami, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, Shah Alam, Malaysia 40000

Waktu Operasi: Sabtu hingga khamis, 1 petang hingga 10 malam. Jumaat, 2.30 petang hingga 10 malam

 

4. Chicken Royale

Kalau korang nak makan beramai-ramai atau bawak satu family untuk pergi makan, inilah tempat dia. Setiap makanan akan dihidangkan di dalam plate besar dan ianya dihidangkan bersama nasi arab. Cheese tersebut pula akan dituangkan di depan mata korang sendiri, fresh! Memang tak sabar makan bila tengok tu. 

Alamat: 47, Jalan suarasa 8/3, Bandar Tun Hussein Onn

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang hingga 11 malam

 

Jom Puaskan Craving Korang Dengan Makan Di Lokasi-Lokasi Ni!

Jadi korang dah tengok sendiri betapa sedapnya makanan-makanan di restoran di atas untuk satisfy korang punya cheese craving. Dan macam biasa korang kena make sure patuhi SOP dan jaga penjarakan sosial okay? Selamat menjamu selera!

Destination: