Makanan Barat Semurah RM9.90 Di Neighbourfood

FOODIE
August 25, 2017 - 11:45 AM


Baru-baru ini selera aku ini mengidam nak cuba makanan ala barat untuk makan malam. Jadi cari punya cari terjumpalah sebuah kafe tersembunyi di Dataran Pandan Prima, Pandan Jaya. Dekat mana tu ? Haa dekat sebelah tesco Ampang sahaja.

Kafe ini namanya NeighbourFood. Bila sampai saja di depan kafe terpampang luas "Value set starts from RM9.90". Wow murahnya itulah perkataan pertama muncul dalam kepala.

Okay mari kita lihat apa yang menarik tentang kafe ini. Jom!

Kalau dilihat dari segi seni rekaan dalamannya, kafe ini mengambil konsep buatan kasar atau "rustic" yang ringkas tetapi sangat "Instagramable". Berada dilot sisi Neighbourfood menjadikannya kafe yang luas dan sesuai untuk sambutan hari jadi dan lain-lain majlis.

Dari segi atmosfera kafe ini memang rilek dan tenang. Tapi bagaimana pula dengan makanan dia? Boleh dikatakan makanan dekat sini kebanyakannya melebihi apa yang kami jangkakan. Biasanya dengan harga yang berpatutan ini kita akan dalam menu yang berkualiti sederhana, tapi tidak di NeighbourFood makananya sangat berkualiti dan lazat.

Antara kegemaran kami ialah Herb Crunch Fish, Pizza Meatlover, Pasta Aglio Olio, Chicken Wings dan juga French Toast. Memang terbaik kesemua makanan diatas, macam tak percaya saja makanan disini sangat sedap dan berkualiti tinggi.

NeighbourFood juga mempunyai seleksi makanan pencuci mulut dan minuman yang unik dan sedap. Antaranya Chocolate Banana Peanut Butter, Blue Lagoon Nojito dan yang paling gila awesome ialah Crunchy Frenzy.

Makanan set disini bermula dari RM9.90 sehinggalah RM13.90, murahkan? Lagi satu kafe ini juga mempunyai sijil Halal dari Jakim. Maka kami memang makanlah tanpa was-was.

Secara keseluruhan menu di NeighbourFood ini memang berbaloi dengan harganya.

NeighbourFood Cafe

G-61, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, Pandan Jaya

55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-9282 9998

Facebook: NeighbourFood ( https://www.facebook.com/neighbourfoodmalaysia/ )