Surprise Yang Tersayang Dengan Makan Dalam Pesawat Boeing 737 Di 'Plane In The City'

FOODIE
October 23, 2020 - 03:01 PM


Bagi anda yang mungkin setiap tahun membawa insan tersayang bercuti ke luar negara bagi meraikan hari-hari istimewa kalian -- tahun ini disebabkan pandemik hasrat tersebut mungkin tidak dapat terlaksana.

Tetapi, anda jangan risau kerana masih ada cara untuk anda membawa insan tersayang menaiki sebuah kapal terbang sambil menikmati hidangan makan malam romantik khas untuk anda berdua.

Lokasinya juga tidak jauh, anda hanya perlu membawa si dia ke 'Plane in the City' di SkyLand Bukit Bintang, Kuala Lumpur!

Meskipun dari luaran mata tentunya akan terpesona dengan kemegahan pesawat sebenar Boeing 737, namun sejurus kaki melangkah masuk pastinya anda juga bakal terkesima untuk kali kedua apabila sebenarnya ia merupakan sebuah restoran ekslusif yang serba mewah.

Konsep restoran dalam pesawat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini memberikan anda suatu pengalaman berbeza untuk menjamu selera dan membuatkan insan yang anda sayangi tidak henti tersenyum gembira.

Selama 90 minit berada di dalam ruang kokpit, anda bukan sahaja akan dapat menikmati hidangan lazat -- malah anda turut berpeluang untuk bergambar di ruang kokpit serta berjalan di atas sayap kapal terbang.

Lebih menarik apabila anda juga berpeluang untuk berada di kokpit pilot bagi merasai sendiri pengalaman seakan menjadi juruterbang yang sebenar. Best, kan!

Plane In The City menerima 20 orang sahaja dalam setiap sesi bagi menjaga eksklusiviti mereka untuk pelanggannya.

Anda akan dihidangkan dalam 3 atau 4 hidangan, bergantung kepada jenis pakej yang diambil.

Menu hidangan yang ditawarkan adalah terdiri daripada 3 kategori iaitu RM199 seorang untuk Kelas Ekonomi, RM399 seorang untuk Kelas Perniagaan dan RM999 seorang untuk Kelas Pertama.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good food is good mood only at www.planeinthecity.com #uniqueexperience #finedining #skyland #pitckl

A post shared by Plane In The City Malaysia (@planeinthecity) on

Jika berminat dan ingin merasai pengalaman menjamu selera di kelas tersendiri, anda boleh menempah di laman web www.planeinthecity.com.

Kredit: Instagram Plane In The City Malaysia

Destination: