Wow! FamilyMart Ada Makanan Baru, Roti Croissant Pelangi!

FOODIE
November 26, 2021 - 01:17 PM


Perhatian para pelanggan FamilyMart dan juga kaki makan! Nampak gayanya FamilyMart ada menu baru kali ini iaitu Unicorn Cheese Croissant Sandwich. Memang best lah makanan yang ada kat sini!

Mesti ramai suka makan roti croissant yang fresh dan juga berlemak kan, memang ngam la kali ini FamilyMart menghasilkan salah satu roti perancis klasik yang menjadi kegemaran ramai! Tapi takkan la FamilyMart bagi roti croissant biasa je kan, roti ini dilengkapi dengan cheese berwarna-warni yang mampu membangkitkan selera anda!

Rainbow cheese ini diperbuat dari perisa buah-buahan so memang sedap! Siap boleh tarik cheese tu sebelum makan. Anda boleh cuba hidangan kali ini lepas anda menikmati oden famous dari FamilyMart! Nak lagi best anda boleh cuba sekali minuman yang terdapat di sana.

Antara cadangan dari FamilyMart, anda boleh makan secara fresh kalau walk-in ke kedai tetapi kalau anda nak take-away mereka cadangkan panaskan semula menggunakan oven atau airfryer pada suhu 120-130 degree celciuss selama 10 minit. Lepas itu anda boleh nikmati roti bersama cheese yang telah cair!

Destination: