Nak Pergi 'Caving'? Ini 12 Tips Untuk Korang Sebelum Dan Ketika Meneroka Gua

TRAVEL
May 24, 2023 - 04:11 PM


Selalunya kita akan memilih tempat yang cantik, santai dan banyak kemudahan sebagai lokasi percutian kita dan semestinya suka upload gambar di Instagram tempat yang mewah.

Caving jarang sekali orang sebut sebagai aktiviti ketika bercuti kerana mungkin persepsi mereka meneroka ke dalam gua ni bosan dan takde view yang cantik seperti hiking.

Tak ramai yang memilih tempat yang menguji stamina dan memenatkan -- Untuk korang yang tidak sukakan aktiviti lasak, apa kata korang cuba untuk aktiviti yang luar dari kebiasaan.

Ada 'sesuatu' di dalam gua yang yang misteri dan memikat hati apabila korang dah mencuba aktiviti ini. 

Caving bukan sekadar berjalan di dalam gua dan ianya ibarat combine kesemua sukan ekstrem di dalam satu aktiviti seperti hiking, climbing, crawling, rapelling dan melalui laluan-laluan yang sempit.

Ianya sukan yang berisiko tetapi jika korang beri perhatian sepenuhnya kepada keselamatan, aktiviti caving akan menjadi selamat seperti sukan-sukan yang lain.

Sini min senaraikan 12 tips untuk korang yang nak buat aktiviti caving nanti.

1. Buat Research Tentang Caving

Caving bermula dengan berjalan biasa, memanjat laluan batu yang kecil sehingga aktiviti yang ekstrem dan mencabar contohnya rapelling.  Ketahui cabaran-cabaran yang berkemungkinan berlaku ketika caving dan tahu limit korang sewaktu buat aktiviti tersebut.

2. Jangan Pergi 'Sesorang'

Jangan sesekali pergi caving seorang diri. Cukup dengan bawa 4 ke 6 orang kawan sebagai peneman dan mungkin menambah seorang ranjer bersama korang sudah memadai.

Tetapi kalau korang masuk ke gua tanpa seorang ranjer, pastikan bawa 1 atau 2 orang kawan bersama yang sudah ada pengalaman dan tahu selok-belok gua tersebut.

3. Mempunyai Peralatan Yang Sesuai 

Korang pastikan hard hat, headlight dan kasut berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk caving. Penting bagi korang membawa headlight extra untuk elakkan korang meneroka dalam keadaan gelap. Sumber cahaya penting ketika caving sebab terlampau gelap di dalam gua.

Knee pad dan face mask pun penting serta dianggap sebagai 'sahabat baik' kepada cavers -- risiko untuk orang terhantuk di dinding gua dan batuan tajam amatlah tinggi.

Bau guano yang kuat boleh buat korang pening tau dan face mask boleh menghalang korang dari terhidu bau kuat tersebut. 

4. Memakai Pakaian Yang Sesuai

Pemakaian selipar atau sandal memang tak dibenarkan sama sekali dalam gua. Pakai stokin dan kasut yang mempunyai tapak serta cengkaman yang baik. Ini akan membantu korang ketika memanjat kawasan berbatu tanpa senang tergelincir.

Jangan pula korang pergi caving pakai seluar jeans. Cari pakaian yang boleh beri korang kebebasan untuk bergerak dan tidak ketat. Jadi, t-shirt dan seluar track sudah memadai ketika meneroka dalam gua namun kalau korang nak lagi selesa, baju jenis poliester, nilon dan fabrik sintetik digalakkan untuk mengeringkan peluh dengan cepat. Yelah, dalam gua mana ada kipas.

5. Uji 5.Periksa Tali Korang

Tali merupakan antara peralatan penting dalam caving ketika melakukan aktiviti rapelling. 

Pastikan tali tersebut mampu menampung berat dan peralatan korang ketika dalam keadaan tergantung. Tambahan, membawa peralatan extra sangat disarankan dan bawa tali lebih sebagai backup sekiranya tali utama tidak membantu.

6. Bawa First Aid Kid Bersama

Bercakap tentang caving, ia sinonim dengan kecedaraan yang sering berlaku. Jika korang pergi berkumpulan, minta salah seorang kawan korang membawa first aid kit di dalam beg. Penting untuk korang dapatkan rawatan segera di dalam gua kerana terdedah dengan penyakit seperti leptospirosis iaitu penyakit bawaan tikus.

7. Simpan Tenaga Korang

Sentiasa bawa energy bar, roti dan air ke dalam gua untuk menambah semula tenaga korang sepanjang penerokaan. Korang tak boleh sesuka hati minum air dari gua kerana dikhuatiri keracunan. Berhenti sebentar jika penat dan makan untuk alas perut.

Turut diingatkan, jangan bazirkan tenaga korang dengan berlari atau sebagainya kerana perjalanan masih lagi panjang dan memerlukan kudrat yang banyak!

8. Fit Dan Dalam Kesihatan Yang Baik

Tolong jangan ambil risiko juga jika korang tak sihat dan mungkin boleh menyusahkan orang lain di dalam gua tu. Beritahu je pada ranjer kalau korang rasa tak larat dan dia akan beri masa untuk berehat.

Sesiapa yang ada alahan pada batu kapur dan kelawar tak dibenarkan untuk meneruskan aktiviti caving ya. 9. Jangan Memasuki Gua Ketika Hujan

Hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat di dalam gua serta terdedah kepada risiko terperangkap dan lemas. Jangan ambil risiko untuk teruskan juga caving ke gua tersebut.

10. Bag Kalis Air Jika Perlu

Tak digalakkan untuk korang bawa beg sebenarnya tapi kalau korang ada barang penting nak dibawa seperti first aid kit, kamera dan makanan, eloklah korang bawa beg kalis air. Barangan korang pun takkan rosak kalau disimpan dalam beg kalis air ni.

11. Bawa Kamera 

Dah seronok mengembara dan meneroka dalam gua, takkanlah tak ambil gambar kan. Rakam pengalaman dan suasana korang ketika caving pakai handphone pun dah cukup. Tak perlu bawa kamera yang besar sebab susah nak bawa sepanjang aktiviti caving dan risau jika terjatauh ke dalam air. 

Korang beli je casing telefon yang kalis air untuk dibawa ke dalam gua. Banyak kali masuk air pun masih elok berfungsi.

12. Jaga Mulut Dan Bahasa

Jaga mulut dan bahasa sepanjang berada dalam gua dan jangan bergurau tentang perkara bukan-bukan -- risau bukan kita sahaja yang berada di situ. Nasihat daripada cavers yang lain, jangan ambil jika korang ternampak benda yang pelik dan dengar cakap ranjer yang mengetuai kumpulan korang. 

Sekarang dah tahu-kan tips-tips untuk korang membuat aktiviti caving ni. Jangan ambil mudah dengan segala kemungkinan dan bak kata orang putih, expect the unexpected.

 Min harapkan korang dapat ambil semua tips ini sebagai panduan dan selamat ber-caving!