[VIDEO] Budak Flat Buat Hal Lagi. Kali Ni Ubah Suai Sampai Meter Air Jiran Duduk Dalam Rumah!

TERKINI
May 31, 2023 - 02:08 AM


"Rumah flat tapi berangan ubah suai macam semua unit kat situ dia yang punya"!

Itu yang dapat disifatkan dalam sebuah video viral sejak Isnin lalu apabila menyaksikan tindakan pemilik sebuah unit rumah flat membuat sambungan ubah suai di bahagian belakang rumah berkenaan.

Lebih yang mengejutkan, video berdurasi 24 saat itu memaparkan penambahan dilakukan itu dibuat turut meliputi kawasan yang meletakkan meter air milik unit lain di bangunan tersebut.

Berdasarkan klip tular itu, kawasan tambahan yang dibina dengan sedikit tembok dan berpagar itu dijadikan sebagai kawasan dapur dan tempat membasuh pakaian oleh pemilik unit berkenaan.

Unit kediaman itu membabitkan sebuah flat terletak dekat Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Tarikh pada rakaman tersebut menunjukkan video tersebut dibuat pada 22 Mei lalu.

Berdasarkan klip tersebut, pemilik video berkenaan didengar cuba memanggil pemilik unit terbabit dipercayai untuk menukar meter air miliknya yang terletak di dalam binaan tambahan tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata warganet melahirkan kekesalan mereka terhadap tindakan pemilik unit rumah terbabit yang disifatkan sebagai mementingkan diri.

"Ni bukan masalah B40 atau T20. Tapi ini masalah sikap individu itu sendiri. Ramai sahaja B40 yang pembersih kemas dan teratur," tulis shafiq.

"Boleh ke dia tambah suka-suka macam tu? Rasa tak boleh. Kalau la kata boleh sekali pun, dia kena buat meter tu luar umah dia. Lapor kepada pihak berkuasa," kata comutgurl.

"Selama mana dia buat binaan tanpa izin dan atas bukan haknya, selagi itu dosa dijana setiap detik. Fikir-fikirkan," ujar saudagarunta.

Sumber: Majoriti

Destination: