"Tiada Perikemanusiaan!" - Tiga Pekerja Tergamak Lempar Anjing Hidup Ke Dalam Sungai Sebelum Disambar Buaya

TERKINI
June 19, 2023 - 05:19 PM


Akibat berang makanan selalu dicuri oleh seekor anjing, tiga lelaki tergamak melempar seekor anjing hidup-hidup ke dalam sungai untuk menjadi santapan buaya. Kejadian berlaku di daerah Semakung, Nunukan, Kalimantan Utara.

Ketua Polis Nunukan AKBP Taufik Nurmandia berkata, pelaku dikenali sebagai Dedy, Rosady dan Gio sudah ditahan pihak polis. Menurutnya, Deddy dan Rosady bertindak melempar anjing terbabit, manakala Gio merakam tindakan mereka.

“Motif kejadian adalah marahkan anjing yang didakwa sering ‘mencuri’ makanan pekerja diletakkan di atas meja.

“Mereka mendakwa haiwan itu sudah beberapa kali mencuri makanan pekerja menyebabkan mereka hilang sabar dan bertindak di luar kawalan,”

Tindakan itu juga menyebabkan mereka dipecat serta merta kerana pihak syarikat.

“Kami tidak boleh bertolak ansur dengan tindakan kejam yang dilakukan mereka.

“Jadi, kami mengambil tindakan pemecatan tanpa faedah sehingga siasatan oleh pihak polis selesai,”

Katanya, syarikat menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Destination: