[VIDEO] Pemuda Bermurah Hati, Tak Sanggup Biarkan Abang Guard Makan Nasi Dan Kuah
TERKINIRakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat penyanyang dan penuh dengan simpati. Tak lokek dalam menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan. Viral satu video TikTok, di mana seorang pemuda bermurah hati membantu seorang pekerja warga asing.
"Saya tak sampai hati melihat dia makan itu saja kerana saya tiada di tempatnya dan tak tahu apa yang dia hadap," luah usahawan, Aizad Fildza Azira.
@bang.jad Kalau korang nampak apa korang buat ? ðŸ˜#kongsirezeki ♬ original sound - Bang jad
Perkongsian @bangjad di TikTok mendapat perhatian netizen. Tindakan Bangjad yang terus membelikan makanan buat pengawal keselamatan berkenaan menyentuh hati netizen. Pengawal keselamatan tersebut hanya ada RM5 untuk membeli makanan di sebuah restoran.
Berkongsi kisah sebenar, Aizad Fildza dari Setiawangsa, di sini berkata, dia bertemu dengan pengawal keselamatan berkenaan secara kebetulan ketika makan di sebuah restoran bersama rakannya, baru-baru ini.
"Waktu nak bayar, saya nampak pengawal keselamatan yang di depan saya hulur duit RM5 untuk bayar makanannya iaitu nasi dan kuah saja tanpa lauk lain.
"Saya jadi tersentuh melihatnya dan itu yang buat tergerak hati nak tolong bayarkan makanan dengan tambah lauk ayam.
"Dia (pengawal keselamatan) tolak namun saya bayarkan juga kerana memang sudah niat nak belanja. Lagipun, saya tak boleh tengok orang susah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Aizad Fildza tidak menyangka perkongsiannya di TikTok akan tular hingga meraih lebih 1.1 juta tontonan.
Ia kerana apa dikongsikannya hanya bertujuan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk turut sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
"Bukan nak tunjuk baik tetapi nak semua orang termasuk anak muda turut sama menolong sesiapa pun dalam kesusahan jika berada dalam situasi seperti saya.
"Kalau boleh dan mampu, sediakan duit lebih ketika keluar makan atau ke mana saja supaya dapat tolong walaupun tidak banyak.
"Alhamdulillah, reaksi diterima saya daripada perkongsian itu positif dan saya doakan mereka semua dimurahkan rezeki," katanya.