[VIDEO] "Wow Sangat Buah Tangan Dia!" - Jemaah Haji Borong Emas 1 KG Di Tanah Suci

TERKINI
July 10, 2023 - 02:30 PM


Seorang jemaah haji wanita Indonesia ini menjadi bualan ramai selepas membeli barangan kemas seberat satu kilogram (kg) ketika mengerjakan ibadah itu di Tanah Suci.

Wanita itu yang berasal dari Makassar, Sulawesi Selatan, mengaku membeli emas berkenaan sebagai buah tangan untuk diagihkan kepada ahli keluarganya.

Katanya, dia membeli pelbagai emas perhiasan seperti cincin, gelang tangan dan rantai leher.

"Saya beli barangan kemas dianggarkan lebih satu kg termasuk gelang, rantai dan cincin.

"Jumlah semua barangan kemas itu bernilai 1 bilion rupiah (RM307,895) dengan salah satu rantai dibeli harganya 366 juta rupiah (RM112,689).

"Barangan kemas itu saya beli untuk diberikan sebagai buah tangan kepada anak, ibu bapa saya serta mentua saya," katanya kepada Detik.com

Wanita itu menjelaskan, dia membeli barangan kemas itu selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Buah tangan dibeli itu meraih perhatian ramai termasuk perbezaan harga emas di Arab Saudi yang didakwa tinggi.

Mereka menganggarkan kemungkinan harga barangan kemas itu jauh lebih mahal berbanding harga dikongsikan itu.

Ini kerana selain perbezaan mata wang, harga barangan kemas juga ditentukan peniaga premis berdasarkan reka bentuk dan nilai estetika.

@mirahayati91

 

♬ suara asli - mirahayati91
Destination: