[Video] Orang Ramai Bengang Mat Rempit Punca Kemalangan Di Lekas

TERKINI
July 11, 2023 - 11:30 AM


Tular video sekumpulan besar penunggang motosikal menunggang secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dalam satu kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) pada malam semalam.

Video yang tular sejak Selasa pagi itu menunjukkan beberapa orang mangsa terbaring di atas jalan dan mengalami kecederaan sambil diberikan pertolongan oleh beberapa pengguna lebuhraya terbabit.

Akibat tindakan menunggang secara berbahaya itu, 10 motosikal terbabit dalam kemalangan dan difahamkan salah seorang dari mereka maut serta selebihnya mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, kejadian tersebut bukan menimbulkan rasa simpati kepada golongan yang digelar 'Mat Rempit' ni, bahkan lebih kepada berasa marah kerana membahayakan pengguna jalan raya lain.

Orang ramai seakan-akan kecewa dan hilang rasa simpati terhadap kumpulan tersebut yang dilihat tidak serik membahayakan nyawa sendiri. 

"Simpati saya hanya pada mangsa pengguna jalan raya lain. Jika mereka cedera sesama mereka, I'm fine. Saya dah lihat ramai yang tak bersalah jadi mangsa" komen Faezahana.

"Mari aku teka punca kemalangan. Satu, kereta tak bagi signal waktu tukar lorong. Dua, kereta brek mengejut. Tiga, jalan tak ikut spec litar lumba. Empat, memang tak pernah salah dia" tulis Rowdyman dengan nada sinis.

"Hidup menyusahkan orang. Dah boleh pertimbangkan, tepi lebuh raya tu buat kubur, sediakan tempat untuk tanam. Kalau meninggal dunia sebab berlumba menyusahkan orang macam ni, terus masuk dalam kubur" kata azmieydaud.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian ini.

Sumber : Majoriti & Metro