Lelaki Ini Senaraikan 7 Sebab Kenapa Korang Wajib Bercuti Ke Semporna Sekali Seumur Hidup!

TRAVEL
July 11, 2023 - 06:36 PM


Sebut sahaja Semporna di Sabah, pasti anda terbayangkan sebuah pulau yang cantik dan dikelilingi air laut berwarna biru. Keindahannya memang sesempurna namanya, Semporna!

Merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Semporna juga mempunyai banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja termasuklah pulau Bum-bum, Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

Patutlah 'kaki travel' seperti Nazrin Rahman menyifatkan Semporna sebagai destinasi wajib dicuba walau sekali dalam seumur hidup.

"Tempat yang korang kena cuba sekali dalam seumur hidup. Jangan rasa takut sebab apabila korang dah datang, susah gila nak move on bila balik.

"Sebab apa aku cakap susah nak move on? Laut, pemandangan, makanan dan pengalaman yang diperoleh di situ memang tidak akan dirasai di tempat lain," ciapnya ringkas.

1. VIEW MATAHARI TERBIT & TERBENAM 

Lokasi penginapan mempunyai banyak spot untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam mahupun terbit.

2. PENGINAPAN 'TERAPUNG' 

Berkonsepkan penginapan atas air, pastinya pemandangan yang disajikan tersangat cantik.

Terutama sekali bilik yang menghadap Bohey, air lautnya memang jernih sehingga nampak ke dasar.

Paling best, bila-bila masa sahaja boleh terjun ke laut dari bilik yang disewa.

3. SYURGA MAKANAN LAUT

Sabah juga terkenal dengan makanan laut yang murah dan segar. Kalau lobster, memang akan rasa kesegaran dan kemanisan isinya.

Anda boleh makan sebanyak mana yang mampu kerana pelbagai jenis makanan laut tersedia. Tak perlu 'catu' dan yang penting tidak membazir.

4. PORT KHAZANAH BATU KARANG TERBAIK DUNIA!

Kalau ke Semporna, aktiviti yang 'wajib' dilakukan adalah snorkerling.

Mana tidaknya, karang yang terdapat di sini semuanya cantik serta pelbagai bentuk dan warna sehingga dapat jolokan 'One of The Best Coral In The World'.

Jangan khuatir kalau tak reti berenang ya, sebab pemandu pelancong akan beri tunjuk ajar kepada anda.

Lokasi snorkeling adalah Pompom, Timba Timba, Mataking, Sibuan dan Matabuan.

5. HIKING BOHEY DULANG 

Anda dapat melihat pemandangan yang cantik dari bahagian atasnya. Kira-kira 700 meter untuk mendaki.

Bagi kaki Instagram, setiap sudut ingin diabadikan.

6. STARGAZING

Bimbang alami waktu malam yang membosankan? Jangan risau sebab anda akan terpukau apabila melihat ke langit. Ribuan bintang menanti tatapan anda.

Kalau bernasib baik, tahi bintang akan kelihatan. Bolehlah feeling seperti cerita Meteor Garden tu

7. LOKASI CANTIK UNTUK BER-OOTD 

Mereka yang gemar OOTD (outfit of the day) boleh singgah di Water Bungalow Resort. Bentuk binaan chalet di sini mengagumkan dan kelihatan mewah.

Pastikan bawa baju vogue yang mencukupi ya!

Tak perlu 'keberanian' kalau pergi secara solo kerana Semporna pastinya destinasi pelancongan yang selamat.

Boleh juga kalau mengikut trip-trip yang dianjurkan sesetengah pihak, peluang dapat rakan baharu tersangatlah tinggi.

Destination: