"Araso?" - Pekerja Bot Viral "Belanja" Kebolehan Cakap Korea
TERKINISatu percutian tu memang akan jadi memorable bila kita diiringi seorang pemandu pelancong yang berkebolehan dan juga berperwatakan menarik! Viral satu video di platform TikTok, seorang lelaki yang juga pekerja bot di Sabah berusaha yang menyampaikan pesanan dalam beberapa bahasa.
Menerusi video dimuat naik Percutian Bajet Sabah pada TikTok, lelaki tersebut pada mulanya memberi penjelasan kepada pelancong tempatan di bot tersebut dengan menggunakan Bahasa Melayu
@pakej_bajet_kundasang Tngok sampai habis 🤣🤣#fyp #percutianbajetkundasang ♬ original sound - percutian bajet sabah
Kemudian, dia menerangkan kembali menggunakan bahasa Korea kepada pelancong negara tersebut yang turut berada di dalam bot. Biarpun bunyinya seakan-akan tidak fasih, yang menarik perhatian netizen adalah apa yang disampaikannya itu difahamai oleh pelancong korea yang ada.
Memang hebat lah orang Sabah, patutlah pelancong antarabangsa suka bercuti di sana!