
"Dahla Barang Mahal, Ni Tikus Pulak!" - Netizen Kembang Tekak, Tikus Ratah Ayam Mentah Di Kedai Runcit
TERKINISemua sedia maklum, harga barang basah sekarang boleh tahan mahal betul tak? Kadangkala kita terpaksa beli di kedai runcit kerana nak berjimat. Tapi masalah biasa di kedai runcit adalah faktor kebersihan.
Baru-baru ini satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok, wajar kita ambil perhatian.
Berdasarkan video tersebut, seekor tikus sedang rancak memakan salah satu ayam mentah yang diletakkan di dalam bekas yang penutupnya terbuka di satu kedai runcit.
Menurut wanita itu ayam mentah itu dibiarkan terdedah, bukan dimakan tikus sahaja bahkan dihurung oleh segerombolan lalat yang terbang hinggap pada ayam mentah tersebut.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang berasa ‘kembang tekak’ melihat tikus itu menarik-narik kulit ayam mentah tersebut.
Orang ramai meluahkan rasa risau akan berlakunya penyebaran penyakit ‘kencing tikus’ disebabkan haiwan perosak tersebut melalui ayam mentah yang terdedah itu. Jadi, berhati-hatilah ketika berbelanja di kedai runcit tu ya!