"Dah Macam Pelajar U Eh?" - Pelajar Boleh Ke Sekolah Tanpa Perlu Pakai Uniform
GAYA HIDUPMemakai pakaian seragam sudah menjadi kewajiban dan peraturan sekolah yang telah termaktub berkurun lamanya. Bila dah melangkah masuk alam universiti baru kita merasa pakai pakaian bebas sikit dan tak ada pakaian seragam ketika di menghadiri kuliah.
Di sekolah juga boleh berbuat demikian selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kelonggaran kepada murid dan pelajar untuk terus hadir ke sekolah tanpa memakai pakaian seragam biarpun cuaca di seluruh negara kini semakin baik.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu memudahkan anak-anak untuk ke sekolah dan mendapat pendidikan sewajarnya tanpa perlu menyusahkan diri. Katanya dalam nada berseloroh, anak-anak boleh terus menghadiri sesi persekolahan asalkan berpakaian lengkap.
"Pergi saja ke sekolah, apa yang paling penting, pakai baju (berpakaian kemas)," ujarnya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bilakah kementerian akan mengimplementasikan semula pakaian seragam di sekolah susulan cuaca yang semakin baik.
Pada 3 Mei lalu, KPM membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas. Kebenaran khas itu bertujuan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.
Harapnya bila dah diberi kelonggaran begini, murid-murid semua bertambah rajin dan cekal ke sekolah-lah hendaknya. Min dulu uniform tu-lah buat main bolasepak di padang, merentas desa dan ke kelas tambahan petang.
Sumber berita : Kosmo!