Cara Jemput Rezeki Yang Tak Disangka. Ini 10 Amalan Yang Ada 'Kuasa Luar Biasa'!

GAYA HIDUP
August 11, 2023 - 05:05 PM


“Nak tanya sikit boleh? Apa amalan murah rezeki awak ya sampai boleh jadi jutawan ni?” tanya seorang rakan..

Siapa yang tidak menginginkan kehidupan yang sentiasa dipermudahkan dengan urusan rezeki?

Tidak kiralah rezeki dari segi wang ringgit atau pekerjaan, ada dalam kalangan orang sekeliling kita yang begitu mudah setiap perjalanan rezekinya!

Lantas kita pun tertanya-tanya, apakah amalan yang dilakukan sehingga dikurniakan rezeki sebegini? 

Jadi, ada 10 amalan yang sangat disarankan untuk mendapat rezeki yang tidak terduga. Jom amalkan!

10 AMALAN MURAH REZEKI, LUAR BIASA!

1. DHUHA

Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu Dhuha rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN

Bangun pagi jangan buka telefon atau rancang nak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhu terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR

Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH

Terutamanya kaum lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM

Jangan memutuskan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH

Sedekah mempunyai satu kuasa yang luar biasa. Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU

Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkumandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH

Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA

Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha. 4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin – Setiap Solat Fardhu
● Surah Al-Waqiah – Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman – Waktu Asar
● Surah Al-Mulk – Sebelum Tidur

TIPS LAIN:

1. Minum air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

*Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita berlumba-lumba buat amalan untuk menjemput rezeki ini!

Sumber: Azza Amri

Destination: