[VIDEO] "Makin Dilarang, Makin Ramai Pergi" - Peminat Kecewa Zul Ariffin Pilih 'Al-Ula' Kota Terlarang Untuk Bercuti
TERKINI“MAKIN dilarang pergi ke Kota Al Ula, makin ramai yang pergi.”
Demikian luahan kekecewaan peminat terhadap pelakon sensasi, Zul Ariffin yang dilihat menikmati percutian di Kota Al Ula, Arab Saudi.
Kekecewaan peminat itu disebabkan kawasan tersebut dilarang dikunjungi umat Islam.
“Zul, kenapa dalam banyak-banyak tempat awak harus memilih Al Ula sebagai tempat percutian,” luah peminat.
“Sekarang, yang jadi agensi pelancongan dia (Zul) atau jemaah lain tidak menasihati diakah?” soal pengikut.
Hasil semakan HibGlam, video percutian bintang drama Perempuan Itu telah dimuat naik dalam aplikasi TikTok pada 13 Ogos lalu.
@zulariffin_official Visiting the Old Town of Al Ula #SaudiArabia #AlUla #Alhamdullilah #fyp #12thcentury ♬ Habibi (Albanian Remix) - Ricky Rich & Dardan
Namun, video tersebut kembali meraih perhatian apabila Kota Al Ula menjadi tular sebagai destinasi pelancongan popular, baru-baru ini.
Untuk rekod, Al Ula terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah SWT kepada kaum Nabi Saleh.
Bahkan, ketika hayat Rasulullah SAW, baginda mengelak daripada singgah di lokasi digelar kota hantu atau kota terkutuk itu.
Selepas beribu tahun sepi, kerajaan Saudi hari ini membuka kota itu sebagai kawasan pelancongan sehingga ia mendatangkan tanda tanya buat umat Islam di seluruh dunia.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Artikel Berkaitan: "Al-Ula" : Lokasi Pelancongan 'Trending' Di Arab Saudi. Rupanya Umat Islam Dilarang Ke Sana Oleh Nabi. Kenapa?