"Layan View Kabus Di Lereng Bukit!" - Rock Village, Campsite 'Healing' Terbaru Di Kedah!
TRAVELNampak gayanya, tak perlu terbang ke luar negara kalau anda nak "healing" dan lari kesibukan bandar kerana satu tapak perkhemahan di Kedah mampu merawat jiwa yang penat dengan menyajikan pemandangan memukau dan kabus yang menebal!
Rock Vilage Campsite, sesuai untuk para pencinta aktiviti luar! Tapak perkhemahan di lereng bukit yang dibangunkan dengan beratus jenis batu istimewa, bunga dan tumbuhan dan juga buaian. Look yang ditampilkan memang minimal dan bersifat semula jadi.
*Harga untuk bermalam di sini bermula dari RM35- RM50 untuk satu malam
Waktu terbaik untuk datang ke sini adalah ketika musim hujan. Kenapa musim hujan? kerana anda bakal disajikan dengan kabus karpet yang sangat menyamankankan! Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah:
- Eksplorasi gua
- Nikmati pemandagan matahari terbit/ terbenam
- Nikmati pemandangan bintang-bintang pada waktu malam
- Hiking
Tak lengkap la kalau healing tak minum secangkir kopi betul? Turut disediakan pelbagai jenis kopi di coffe lodge yang ada. Kalau anda nak dapatkan feel awal berkhemah di sini, boleh layan video dari @hansvii_ di bawah
Selalu post gambaq sooc fuji, kalini cuba video sooc fuji pulak. pic.twitter.com/eOTcPbCrBB
— Azim Nazhan (@hansvii_) September 6, 2023
Lokasi: Rock Village, Kampung Kura, Jeniang, Malaysia
Sebarang tempahan & maklumat tambahan: +60 13-469 1857