Penyu Gergasi Sepanjang 20 Meter Jadi Tarikan Baru Pantai Tanjung Pelindung
TRAVELSiapa sangka, batu-batu besar yang sedia ada di pantai mampu menarik pengunjung baru di Pantai Tanjung Pelindung, Kuantan.
Itulah air tangan dari empat pelukis mural 'penyu gergasi' yang seakan terdampar di Pantai Tanjung Pelindung. Dikenali sebagai 'Project ZeroSix', projek mural diketuai Amir Faruk, 34, Kamal Idris, 33, Azri Azahar, 35, dan Muhd Ikmal Manan, 29.
"Pada awalnya, kami tidak menyangka mural ini mendapat perhatian sehingga tular di media sosial selepas ia siap sepenuhnya pada 16 Julai lalu.
"Namun, segala penat lelah itu berbaloi apabila mendapat liputan meluas tidak sampai sebulan hingga pantai Tanjung Pelindung kini menjadi destinasi pilihan pengunjung setiap hari, terutama pada waktu petang.
Beliau berkata, sebenarnya idea asal daripada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Datuk Hamdan Hussin itu turut mendapat kerjasama dan sokongan Tourism Pahang.
Katanya, sokongan itu berjaya merealisasikan batu sepanjang 20 meter dan tinggi 10 meter itu digambarkan sebagai seekor penyu yang seakan terdampar.
Rata-rata pengunjung teruja dengankreativiti pelukis mural yang dilihat berjaya mengubah sebuah batu di pantai itu menjadi seekor penyu gergasi, sekali gus menarik orang ramai berkunjung ke pantai itu.