"Cinta Darjah 6 Berputik Kembali" - Anak Norman Hakim Dituduh Jadi Penyondol
TERKINITiada angin tiada ribut, tiba-tiba pengguna media sosial dikejutkan dengan satu pendedahan tentang perilaku seorang anak selebriti terkenal iaitu Norman Hakim.
Sedikit bebenang tentang penyondol rumah tangga
— misya (@umisyamazlan) September 7, 2023
Berdasarkan ciapan @umisyamazlan pada malam tadi, beliau mendedahkan bahawa perkahwinan yang baru berusia 3 tahun musnah akibat campurtangan Marissa Dania. Lebih menyedihkan apabila Umisya dan suami baru sahaja dikurniakan dua orang anak yang berusia 2 dan 1 tahun.
Lebih memburukkan keadaan, Umisya turut mendedahkan screenshot di mana mendakwa Marissa dan bekas suaminya telah menginap di satu hotel secara senyap-senyap di belakangnya untuk beberapa kali.
.png?itok=tdQtck9c)
Tidak cukup dengan itu, Umisya turut mendedahkan perbualannya dengan Marissa. Berdasarkan screenshot tersebut, Umisya menjelaskan bahawa Marissa telah pun memungkiri janji untuk tidak menggangu rumah tangganya.
.png?itok=Pc32ETOH)
Setakat ini, tiada sebarang penjelasan dari mana-mana pihak. Namun ibu kepada Marissa Dania iaitu Abby Abadi memuatnaik dua insta story menyatakan untuk mendiamkan diri dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
.jpg?itok=30zhMHzg)
