Wow, Hebatnya "Roti Canai" Kita! Tahun Lepas Makanan Jalanan Terbaik, Tahun Ni Dinobat 'Roti Terbaik' Dunia!

FOODIE
September 11, 2023 - 04:47 PM


Roti canai kegemaran rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai "Roti Terbaik Di Dunia" oleh Tasteatlas.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad.

Menerusi carta berkenaan, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan --tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TasteAtlas (@tasteatlas)

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu -- ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India.

Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan: 'Anney! Roti Canai No 1 Dunia!' - Taste Atlas Iktiraf Roti Canai Makanan Jalanan Terbaik Dunia

Destination: