"Pernah Main Tidur? Saya Bayar You Lah" - Wanita Kongsi Pengalaman Diganggu Pemandu E-Hailing

TERKINI
September 14, 2023 - 12:06 PM


Teknologi terkini sememangnya banyak memudahkan urusan harian kita. Contohnya perkhidmatan e-hailing, dengan hanya membuat tempahan melalui telefon kita dah boleh sampai ke destinasi. Namun, di setiap kemudahan pasti ada risiko yang mendatang.

Lebih-lebih lagi buat kaum wanita. Apabila menempah, wanita perlu menaiki kereta dengan seorang lelaki asing. Sekaligus, mendedahkan diri terhadap gangguan seksual. Baru-baru ini, viral satu video di mana seorang pemandu e-hailing mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

@nashmart.oshq Stay safe semua... #ehailing #grab #uber #staysafe #women #ridingpink #CapCut ♬ Aesthetic - Tollan Kim

Situasi genting tersebut berajaya dirakam melalui rakaman audio. Jelas berdasarkan video tersebut, pemandu e-hailing itu cuba mengambil kesempatan terhadap penumpang wanita. Dia sanggup menawarkan wang untuk tidur dengan wanita tersebut.

Penumpang itu berjaya menghalang 'hajat' terkutuk pemandu tersebut. Disebabkan kejadian sebegitu, kini satu aplikasi khas untuk menjamin keselamatan wanita iaitu Riding Pink, satu aplikasi perkhidmatan e-hailing. Terdapat pelabagi fitur yang mampu melindungi penumpang wanita.

Sedih betul ya jadi wanita, susah betul nak rasa selamat...

Destination: