[VIDEO] "Sekadar Untuk Ambil Iktibar" - Lepas Zul Ariffin, Giliran Johan As'ari Pula Bercuti Di Al-Ula. Seronoknya Nampak!
TERKINISelepas kecoh isu mengenai aktor Zul Ariffin yang bercuti ke Kota Al Ula, Arab Saudi sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada ramai pihak -- kali ini muncul pula seorang lagi pelakon lelaki tempatan yang berkongsi video dirinya melawat lokasi larangan oleh umat Islam itu.
Terbaharu -- pelakon Johan As'ari turut tidak melepaskan peluang berkunjung ke kota yang terletak kira-kira 400 kilometer (km) dari Madinah.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi momen-momen dia menjejakkan kaki ke kota tersebut.
Video yang dimuat naik Johan itu memaparkan keindahan Kota Al Ula serta sempat merakam momen berlatar belakangkan Elephant Rock yang menjadi ikonik pelancongan kota bersejarah itu.
Menurut Johan, dia melawat ke kota tersebut hanya sekadar untuk mengambil pengajaran.
"Bertandang ke Al Ula sekadar untuk mengambil iktibar. SubhanaAllah," kongsinya ringkas.
Untuk info, asal usul Kota Al Ula menurut kajian telah wujud sejak abad ke-6 Sebelum Masihi. Kota ini diasaskan oleh orang Lihyanite iaitu sebuah suku Arab kuno.
Sebenarnya tempat dilaknat itu adalah Al Hijr ataupun dikenali sebagai Mada'in Saleh iaitu berdekatan dengan Kota Al Ula.
Al-Ula dan Mada'in Saleh adalah dua tempat berbeza. Mada'in Saleh terletak pada jarak 25 kilometer dari Al-Ula yang telah dijadikan bandar pelancongan oleh kerajaan Arab Saudi.
Difahamkan, untuk memasuki ke kawasan Mada'in Saleh perlu mendapat permit terlebih dahulu.
Kini Mada'in Saleh menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Arab Saudi.
Sumber: xtra.com