[VIDEO] "Tu Bukan Waterpark Bang!" - Lelaki Tak Berbaju Lari Dalam Kolam Depan KLCC Cetus Tanda Tanya
TERKINITindakan seorang individu dipercayai warga asing yang tanpa segan silu bermandi-manda di kolam air pancut dekat depan pusat membeli belah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Video mengenai kejadian insiden tersebut yang tular sejak Ahad itu memaparkan tindakan lelaki terbabit yang bermain dan berlari-lari di dalam kolam terbabit dengan hanya mengenakan seluar pendek tanpa memakai baju.
Pada waktu tersebut, orang ramai juga dilihat sedang berada di kawasan sekitar tepi kolam terbabit.
"Itu bukan tama tema air bang, dengan tak berbaju lagi," tulis akaun Facebook Wa Fans yang berkongsikan video terbabit.
KOMEN NETIZEN
"Uishhh, siap ada persembahan percuma untuk pelancong," ujar Claire John di ruangan komen.
Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang beranggapan bahawa lelaki berkenaan berkemungkinan tersilap tempat untuk membuat aktivit berkenaan memandangkan terdapat sebuah kolam mandi awam yang terletak berdekatan.
"Salah side ni bang, waterpark belah dalam sikit," ujar Ahmad Fadhil Hilmi.
"Ni kes silap lokasi la ni...tempat mandi kat playground atas sana," kata Hang Ajil.
Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan tahap pengkuatkuasaan di tempat tersebut yang menurut mereka tidak sepatutnya membenarkan perkara sedemikian berlaku.
INSIDEN JEJASKAN IMEJ TARIKAN PELANCONGAN NEGARA
Ini kerana jelasnya, ia dilihat menjejaskan imej kawasan tersebut yang sememangya menjadi kawasan tumpuan pelancong.
"Pelik, tidak ada yang menangkap. Pengawal keselamatan takde, polis pun takde? Naya imej Malaysia," ujar Mohd Nazri Nazri.
"Biasanya baru duduk kat tangga pun security laju je halau.. Ni siap buat larian semangat dalam kolam elok pulak haaa," kata Sha Rashid.
"Alamak security kat KLCC ni biasa paling alert, pijak rumput pun kena wisel. Ni siap berlari, hijab tertutup ke?" soal Wan Hud Skema.
Tarikh dan waktu sebenar kejadian tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Sumber: Majoriti