Sah Cerai Talak Satu. Akhirnya Nabila 'Buka Mulut' Kisah Kegagalan Rumah Tangga Dengan Engku Emran
TERKINI"Jika bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba pertahankannya, ia tetap tidak akan jadi milik anda."
Demikian luahan kakak usahawan dan pengacara Neelofa, iaitu Noor Nabila selepas sah bercerai dengan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan talak satu, tengah hari tadi.
Luahan itu dikongsi Noor Nabila melalui Instagram Story (IGs).
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Engku Emran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, pada jam 12.51 tengah hari tadi.
Dalam perkongsian yang turut memaparkan foto bersama bekas suaminya itu, Noor Nabila turut menyatakan manusia mengatur, namun, Allah mempunyai perancangan yang lebih baik.
"Kita merancang tetapi Allah mempunyai perancangan lebih baik.
"Semoga Allah membimbing dan merawat dan memenuhkan jiwa saya dengan keamanan," katanya.
Noor Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021 selepas dilamar menaiki belon panas.
Sebelum ini, Noor Nabila dilapor mengesahkan bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Sumber: Berita Harian