"Harapnya Harini Syamsul Lafaz" - Puteri Sarah Tak Sabar Nak 'Move On'

TERKINI
April 18, 2023 - 11:41 AM


Pelakon, Puteri Sarah memberitahu bahawa, dia tidak sabar untuk dilepaskan daripada perkahwinan dengan suaminya, Syamsul Yusof kerana mahu meneruskan kehidupan dengan tenang.

Memilih dengan mengenakan busana putih, pelakon berusia 38 tahun itu seolah-olah menggambarkan imejnya hari ini sebagai permulaan untuk kehidupan baharu kelak.

“Diharap Syamsul melafazkan cerai dan jika gagal, saya akan beritahu sebabnya kemudian,” kata Puteri Sarah.

@melodiberapi Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini bagi mendengar sebutan lafaz cerai dari suaminya, Pengarah Syamsul Yusof #meloditv3 #ceritaartismalaysia #sensasi #panas #tv3 #syamsulyusof #orangketiga ♬ original sound - Melodi

Pengarah terkenal Syamsul Yusof pula memilih untuk berdiam ketika hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding lafaz cerai sekitar 9.50 pagi tadi.

Destination: