"Lepaskan Saya, Tak Rela Dimadu" - Puteri Sarah Minta Cerai

TERKINI
January 10, 2023 - 05:04 PM


Berita terkini tentang kemelut rumahtangga Pengarah terkenal negara Syamsul Yusof. Isteri pertamanya, Puteri Sarah yang akhirnya meminta cerai daripada suaminya itu.

Lepaskan saya kerana saya tak rela dimadu.”

Demikian permintaan pelakon yang juga isteri pertama Syamsul Yusof, Puteri Sarah yang akhirnya meminta cerai daripada suaminya itu.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, tiada perbincangan antaranya dengan Syamsul disebabkan dirinya disekat daripada menghubungi suaminya hingga sekarang.

“Kepada Mohd. Shamsul, oleh kerana awak ‘block’ saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu.

“Awak seorang suami yang narsisistik (terlalu berbangga diri). Kami (anak beranak) layak mendapat yang lebih baik,” katanya menerusi satu entri terbaharu dalam Instagram.

Hari ini, Syamsul menerusi Instagram mengharapkan kedua-dua isterinya bertenang dan banyakkan bersabar.

Destination: