Kecoh Lamborghini Syamsul Yusof Berasap Tepi Jalan, Rupanya Puteri Sarah Dah Lama Suruh Jual Kereta Tu Untuk Bayar Nafkah!

TERKINI
June 12, 2023 - 03:28 PM


Hari ini viral di media sosial netizen heboh dengan rakaman video memaparkan sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini yang terbakar di tepi jalan milik Pengarah Filem sensasi, Syamsul Yusof.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman TikTok, Syamsul didapati telah memberhentikan kenderaan yang berasap itu di tepi jalan.

Turun dari kenderaan -- suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana itu terlihat turun dari kereta dan memeriksa bonet hadapan kenderaan tersebut.

NETIZEN SIBUK CARI ISTERI KEDUA, IRA KAZAR

Seperti mahu mencari punca mengapa kereta berasap, pengarah itu kemudian berjalan ke belakang setelah perasan tingkahnya dirakam kamera.

Namun setelah kejadian itu berlaku, yang menjadi perhatian bukanlah Syamsul -- tetapi sosok isteri keduanya iaitu Ira Kazar.

Malah, tinjauan di ruangan komen juga mendapati nama anak pelakon, Kazar Saisi itu sering ‘diseru’ oleh penonton video tersebut.

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada rakyat Malaysia benar risaukan madu Puteri Sarah itu atau sengaja memerli gadis berkenaan.

@cmfavorite

 

♬ original sound - syaza

ADA PULA NETIZEN KATA IA HANYA SCENE FILEM

Oleh kerana wajah Syamsul tampak tenang, ada juga individu yang merasakan insiden itu hanyalah salah satu babak dari filem terbarunya.

“Shooting filem jer ni. Takkan mahal macam tu boleh berasap. Bukannya sol (Syamsul) pakai Wira Aeroback pun,” komen seorang pengguna.

“Bersangka baik. Mungkin tengah shoot video lagu tema filem ‘The Original Gangster’,” seloroh pengguna lain.

RUPANYA PUTERI SARAH DAH LAMA SURUH JUAL LAMBORGHINI TERSEBUT

Sebelum ini, isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah ada meluahkan di media sosial miliknya untuk menjual Lamborghini miliknya itu untuk membayar nafkah buatnya serta dua orang anak mereka.

Puteri Sarah mendakwa nafkah yang diberikan untuk anak-anaknya itu hanya cukup-cukup makan manakala nafkah buatnya pula sudah lama tidak diberikan.