"Semalam Syamsul, Harini Puteri Sarah Respon!" - Puteri Sarah Fail Hadanah

TERKINI
March 22, 2023 - 12:49 PM


Semalam, netizen dikejutkan dengan kenyataan dari pengarah terkenal Syamsul Yusof mengenai dakwaan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya pelakon Puteri Sarah. Hari ini, Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Difahamkan, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, itu ke Mahkamah Syariah bagi memfailkan hadanah. Bagaimanapun maklumat terperinci mengenai permohonan itu akan diketahui nanti.

(Sumber Gambar: Kosmo)

Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Semalam Syamsul akhirnya bersuara apabila memberitahu beberapa alasan tuntutan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Syamsul, 39, memberitahu, antara alasan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya adalah kerana wanita itu masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang kini berstatus suami orang.

Destination: