Bos Susu Luah Rasa Kecewa Dengan Produksi, Sekali Dato' Vida Komen "Inilah Sebab Saya Taknak Sponsor"

HIBURAN
October 24, 2023 - 12:25 PM


Peminat program Gegar Vaganza pastinya tahu tentang sejarah penaja program berkenaan. Jika sebelum ini program tersebut ditaja oleh dua usahawan terkenal iaitu Dato' Vida dan Datuk Aliff Syukri, kini ia ditaja oleh syarikat Farm Fresh yang diwakili oleh Azmi Zainal.

Baru-baru ini dalam sebuah hantaran di Facebook, Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai 'bos susu' telah meluahkan rasa kecewa dengan pihak produksi All Stars Gegar Vaganza (ASGV). Hal ini dikatakan kerana pihak produksi Astro memotong klip satu minit yang dikhususkan kepada syarikatnya dengan iklan komersial.

Azmi Zainal yang juga merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad menjelaskan bahawa dia hanya mempunyai satu minit khusus untuk mempromosikan produk susu keluaran syarikatnya sewaktu rancangan berlangsung.

“GV (Gegar Vaganza) kali ini aku stres beb, takkan nak pantun je untuk klip aku yang satu minit, orang pun bosan, Dewan Bahasa pun bosan nanti, bukan senang nak jual susu ni.

“Aku ada satu minit untuk capture attention enam juta penonton, dah la minggu lepas klip aku kena potong, hangin satu badan aku masa konsert tu.

“Lepas je segmen aku tu habis, korang tak nampak aku dekat seat lagi kan? Aku pergi ke bilik operasi minta penjelasan,” tulis Azmi.

Dalam pada itu, luahan rasa kesal berkenaan mendapat perhatian Dato’ Seri Vida, penaja lama program tersebut yang meninggalkan komen di sebuah portal hiburan dengan mengatakan itulah apa yang dia alami selama menjadi penaja kepada program tersebut.

Ujar usahawan tersebut, perkara itulah menjadi sebab mengapa dia tidak mahu menaja program itu lagi kerana dia hanya diberikan masa selama 1 minit sahaja.

Setakat ini, masih belum ada lagi kenyataan dari pihak produksi All Stars Gegar Vaganza berkenaan dengan hal ini.

Kredit: Lobak Merah & Apampink  

Destination: