'Ustaz Sudah Datang, Tetapi Tidak Dibenar Menyampaikan Kuliah di Pulau Pinang" - Ustaz Kazim

ISLAMIK
October 30, 2023 - 03:01 PM


Menerusi perkongsian video dari Ustaz Kazim memaklumkan bahawa dia telah menerima arahan iaitu tidak dibenarkan untuk meneruskan kuliah di Pulau Pinang berikutan dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) telahpun mengeluarkan surat pekeliling senarai nama 16 individu, termasuk dirinya.

Pemakluman tersebut diberitahunya dipercayai ketika dia berada di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil pada Sabtu. Disebabkan larangan itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi mengajar dan membuat ceramah bermula hari ini (Sabtu).

@moga_memberi_manfaat Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad #ustazkazimelias #jaip #usrah #mogamemberimanfaat ♬ Tawhid Song - Army of Mahdi جيش المهدي - Nasheeds

Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

"Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada bulan empat (April) lalu.

"Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini," katanya menerusi video berkenaan, di sini, semalam.

Mohd Kazim berkata, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat Mufti Pulau Pinang atas kerjasama sebelum ini.

"Insyaallah, mungkin kita dapat ikuti kuliah lagi dalam platform yang lain," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, Jaafar Talib mengesahkan video tular itu dan pihaknya akur dengan keputusan jabatan agama serta penceramah bebas berkenaan.

Jaafar mendakwa, Mohd Kazim terdahulu menerima arahan itu sebelum tampil ke masjid bagi memberi penjelasan berkenaan arahan terbabit.

"Ustaz sudah datang, tetapi tidak dibenar menyampaikan kuliah. Beliau sering dijemput ke masjid ini bagi pengajaran agama selain membeli kuliah dan ceramah.

"Pada mulanya, saya sangka arahan ini adalah bagi masjid ini sahaja, rupa-rupanya untuk seluruh Pulau Pinang. Beliau juga pernah tidak dibenar mengadakan kuliah atau ceramah di negeri ini pada April lalu,".