7 Bandar Yang 'Livable' Di Asia Tenggara

TRAVEL
November 03, 2023 - 04:03 PM


Setiap negara pastinya mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik minat orang luar untuk datang. Pengalaman yang indah ketika melancong mungkin akan mempengaruhi seseorang untuk pindah dan tinggal di negara yang baru sama ada secara tetap atau sementara.

Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang perlu dititikberatkan. Antara faktor tersebut adalah kadar tukaran mata wang, budaya, gaya hidup, perkhidmatan awam, pengangkutan, makanan dan juga peluang pekerjaan.

Satu senarai bandar yang terbaik untuk didiami di Asia Tenggara telah diterbitkan di dalam laman web Nomad Capitalist. Ia ditentukan berdasarkan kriteria kebolehcapaian asing, kecekapan, perkhidmatan, pilihan gaya hidup dan ketersediaan perjalanan di sesebuah negara.

Ini dia senarai tujuh bandar yang terbaik untuk didiami di Asia Tenggara: 

1. Kuala Lumpur, Malaysia

Eh, KL nombor satu? Yup. Kuala Lumpur berada di tempat pertama kerana menurut Nomad Capitalist, ibu negara Malaysia ini dianggap sebagai hidden gem di Asia Tenggara.

Selain itu, kebolehan rakyat Malaysia dalam berbahasa Inggeris juga menjadi satu kemudahan untuk perantau dari luar berkomunikasi dengan rakyat tempatan. 

Tak cukup dengan bahasa, Malaysia juga terkenal sebagai negara yang memiliki pelbagai masakan dan makanan menarik sehingga ada beberapa makanan yang tergolong dalam makanan terbaik dunia. 

Oleh itu, bagi perantau luar yang ingin menetap secara kekal atau sementara, Kuala Lumpur adalah pilihan yang terbaik.

 

2. Singapura

Seperti Hong Kong, Singapura adalah simbol kebebasan ekonomi. Walaupun kos hidup yang agak mahal, namun bandar ini menyediakan perkhidmatan awam yang terbaik. Selain itu, Kecekapan pentadbiran negara dan keadaan ekonomi yang baik juga menjadi faktor ia sebagai salah satu bandar terbaik untuk didiami.

Ada sebab negara kecil ini negara paling maju di rantau Asia Tenggara. Oleh itu, golongan usahawan sangat sesuai untuk menjalani kehidupan di Singapura.

 

3. Ho Chi Minh, Vietnam

Bandar Ho Chi Minh dipilih kerana memberi banyak elemen yang menarik. Untuk mereka yang ingin tinggal di sini, tidak perlu risau kerana bandar ini mempunyai pelbagai kafe makanan di setiap sudut.

Bagi perantau dari Barat pula, lokasi ini ibarat syurga yang dinginkan kerana menawarka keunikan makanan Asia dan hiburan malam. Bukan itu sahaja, Bandar Ho Chi Minh menyajikan budaya tradisional dan gaya hidup berkeluarga yang mampu menarik perantau luar.

 

4. Bangkok, Thailand

Ibu kota Thailand, Bangkok yang merupakan sebuah bandar besar dan sibuk ini mempunyai segala yang anda perlukan. Perantau yang ingin tinggal di sini mempunyai pilihan untuk menjalani kehidupan yang sederhana atau mewah.

Sekiranya mereka yang mahukan gaya hidup yang lebih sederhana, bandar Bangkok menyediakan pelbagai jenis makanan jalanan dan tempat tinggal dengan harga yang berpatutan.

Manakala mereka yang menginginkan gaya hidup yang mewah, boleh mengunjungi pelbagai bar dan restoran gourmet seperti di kawasan Silom.

Berhubung pengangkutan awam, bandar Bangkok menyediakan pengangkutan awam yang mudah diakses termasuk penerbangan keluar masuk.

Oleh itu, Bangkok sesuai bagi mereka yang ingin tinggal di sini kerana terdapat banyak kemudahan.

 

5. Manila, Filipina

Bagi mereka yang ingin persekitaran yang penduduknya ramah, kaya dengan budaya dan fasih berbahasa Inggeris, Manila adalah bandar yang tepat.

Yang bestnya tentang bandar ini, ia menawarkan pelbagai lokasi membeli belah yang menakjubkan dan kawasan seperti Makati, Fort Bonifacio yang digelar 'Singapura' versi Manila.

Bandar ini juga mempunyai beberapa muzium sebagai daya tarikan. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin mulakan hidup baharu di negara asing.

 

6. Hanoi, Vietnam

Hanoi ialah ibu kota Vietnam yang merupakan pilihan menarik untuk golongan perantau dan usahawan. Meskipun Hanoi salah satu bandar yang kurang menjadi perhatian di Asia Tenggara, namun sebahagian ekonomi negara ini sedang membangun pesat.

Bercerita mengenai keunikan bandar ini, Hanoi mempunyai daya tarikan hasil penjajahan dan kaya dengan pemandangan budaya. Lokasi ini juga sesuai untuk perantau yang ingin merasai pengalaman berbeza dengan bandar-bandar biasa yang dipenuhi pusat membeli-belah seperti di Bangkok atau Singapura.

 

7. Bali, Indonesia

Bali juga merupakan lokasi yang sesuai untuk perantau dan usahawan baharu. Bagi mereka yang merupakan peminat yoga, meditasi dan kelas kesihatan, ini adalah tempat yang terbaik kerana aktiviti itu sangat popular di sana.

Kepulauan ini juga menarik perhatian perantau kerana dapat menikmati pemandangan alam semula jadi yang memukau mata. Secara umumnya, budaya di Bali senang diterima umum dan rakyatnya juga mesra. Maka, tidak hairan bandar ini termasuk dalam senarai bandar terbaik untuk didiami di Asia Tenggara.

 

Sumber: Nomad Capitalist

Destination: