"Tuduhan Berat Tu" - Fazura Nafi Pergi Clubbing Di Indonesia

HIBURAN
November 06, 2023 - 12:04 PM


Sebelum ini di platform TikTok, kecoh tentang satu hantaran berbaur sindiran yang ditujukan kepada seorang pelakon wanita. Menurut video tersebut, dikatakan seorang pelakon wanita yang merupakan usahawan tudung didakwa membuka tudung, hanya pakai hoodie dan ‘clubbing’ di negara seberang.

Video tersebut mengundang spekulasi dari netizen sehingga ada yang memetik nama Fazura sebagai pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Ditanya oleh pihak media, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memberi penjelasan dengan menafikan dakwaan kononnya membuka hijab, memakai hoodie serta pergi ke clubbing di negara jiran.

“Sebenarnya saya tak mahu komen panjang tentang hal ini kerana bertahun-tahun melalui perkara sama (provokasi). Saya ingatkan dah habis. Rupa-rupanya masih ada lagi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro News (@astroradionews)

 "Tuduhan clubbing yang sangat berat. Tidak ada sejujurnya. Tapi memang saya suka menari. I love music dan Faz memang kerja kuat.

"Ada masa Faz nak release tension, dan cara Faz suka berhibur. I love dancing and music. Faz kadang-kadang pergi karoke dengan kawan-kawan, kadang-kadang pergi restoran.

"Sekarang ini banyak restoran yang gelap, ada music of course i goyang-goyang bahu. I berhibur tapi walaupun berhibur kita tahu, kita sentiasa ingat Allah," ujarnya.

Fazura juga mengaku kadang kala dia akan memakai hoodie dan topi ketika keluar. Dia sendiri sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan terpaling solehah dan kini masih dalam fasa memperbaiki diri sendiri.

Jelasnya lagi, ianya lebih baik daripada dia bertutup litup tetapi membuka aurat kembali di kemudian hari. Pelakon ini juga sempat menasihati pihak yang membuat tuduhan supaya berhenti mengaitkan hal tersebut dengan dirinya.

 

Kredit: Oh Media & IG Astro Radio News

Destination: