Konsert Bollywood ‘Stars On Fire Kuala Lumpur’ Ditangguhkan!

HIBURAN
November 27, 2023 - 04:56 PM


Konsert artis tersohor Bollywood, Stars On Fire yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember ini telah ditangguhkan.

Pengumuman mengenai penangguhan konsert ini telah dimaklumkan pihak penganjurnya, Yess Boss Groups menerusi akaun rasmi Instagram mereka.

Menurut Yess Boss Groups, konsert yang menampilkan Hrithik Roshan sebagai bintang Bollywood utama itu terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Keputusan untuk menangguhkan konsert ini mendapat persetujuan sesama penganjur iaitu Yess Boss Groups, Heart Art Entertainment dan Dembi Productions dengan pertimbangan besar.

“Kami juga sedang berusaha keras untuk mendapatkan tarikh baharu dengan artis-artis,” katanya.

Yess Boss Groups juga turut meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan akan mengembalikan wang pembelian tiket kepada penonton.

"Kami memahami kesulitan yang timbul dan dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang gangguan kepada rancangan anda.

"Berikutan penangguhan acara ini, kami telah menyusun semula proses pemulangan wang dengan kerjasama agen tiket kami.

"Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai proses pemulangan wang, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan agen tiket kami di [email protected] atau melalui telefon di +6011-2186- 8055/+6011-2146-6055," tambahnya.

Konsert Bollywood Stars On Fire sebelum ini dilaporkan bakal dijayakan pelakon, penari dan kareografer legenda, Prabhu Deva yang juga dikenali dengan jolokan Michael Jackson India. Selain itu, ia juga akan disertai diva tari, Vaani Kapoor; selebriti tari penuh sensasi, Malaika Arora serta Sanya Malhotra yang penuh karisma.

Kempunan lah peminat Bollywood yang nak tengok Hrithik Roshan

 

Sumber: Gempak & Scoop

Destination: