6 Sebab Kenapa Anda Perlu Shopping Di Sungei Wang Plaza Menjelang Hujung Tahun Ini!

PILIHAN EDITOR
December 08, 2023 - 04:22 PM


Bila sebut sahaja Sungei Wang Plaza, mesti ramai dah tahu akan lokasinya. Terletak di jantung Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Bintang! Sungei Wang Plaza adalah pusat membeli-belah pilihan pengunjung tempatan mahupun pelancong dari serata dunia.

Jadi menjelang hujung tahun ini, Sungei Wang Plaza menjanjikan pengalaman membeli belah yang cukup memukau untuk setiap pengunjung. Ada 6 sebab kenapa korang kena shopping di Sungei Wang menjelang hujung tahun ini! Psst…klu pertamanya adalah kemunculan makhluk berwarna kuning!

1.Ada Kevin Si Minion Gergasi Di Pintu Gerbang

Sempena dengan pameran interaktif A Minion’s Perspective di Genting Highlands, Sungei Wang Plaza tidak lepaskan peluang untuk memeriahkan lagi penaklukan para Minions di Malaysia.

Bermula dari 1 Disember, korang boleh ambil peluang untuk bergambar dengan Kevin setinggi 20 kaki! Kevin Gergasi ni ada buat sementara waktu je. Jadi korang yang meminati watak Minions boleh datang bawa anak-anak!

2. Lepak bersama Stuart!

Kalau korang rasa belum puas bergambar dengan Kevin gergasi, ada lagi satu port bergambar! Korang boleh duduk dan bersantai bersama Stuart! Lebih dekat dan real! Inilah waktunya untuk korang bagi pose yang terbaik!

3. Penampilan Maskot Minions

Bukan hanya menampilkan port bergambar bersama Minions, Sungei Wang Plaza bakal membuatkan anda rasa lebih teruja dengan penampilan khas maskot Minions! Untuk tahu waktu para Minions ni keluar untuk menemui anda, boleh rujuk jadual di atas!

4. Dekorasi Memukau Sempena Hari Krismas

Sempena Hari Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi, apa kata anda ambil peluang untuk merasai kemeriahan dan bergambar dengan insan tersayang di Sungei Wang Plaza! Memang cantik dekorasi Hari Krismas pada tahun ini dengan bertemakan bintang keemasan!

Nak beli hadiah mahupun dekorasi sempena Krismas pun ada di Sungei Wang Plaza! Tak perlu pening kepala, di sini semuanya ada dan pada harga yang berpatutan! Poket pun tak koyak!

5. Kempen “A Remarkable Star-Filled Christmas”

Kalau korang mencari suasana perayaan yang sempurna, Sungei Wang Plaza adalah tempatnya! Sempena kempen "A Remarkable Star-Filled Christmas". Ada pelbagai acara menarik menanti anda antaranya ada persembahan muzik, pertandingan untuk pelbagai lapisan umur dan juga bermacam aktiviti!

Paling best, tak lengkaplah Hari Krismas kalau Santa tak buat kemunculan kan! Santa Claus dan Santarina bakal menemui anda jadi siap sedia untuk bergambar! Nak sumbang untuk insan memerlukan pun boleh tau! Inilah waktunya untuk korang jadi Secret Santa!

6. Penebusan Hadiah Istimewa Krismas

Setelah korang selesai membeli belah, jangan lupa untuk menebus Tumbler Krismas yang cukup comel ni dengan syarat telah berbelanja minimum RM218 dalam maksimum dua (2) resit.

Penebusan hadiah Krismas boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Plaza Sungei Wang dan tertakluk pada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sungei Wang Plaza di www.sungeiwang.com atau rujuk halaman Facebook Sungei Wang di www.facebook.com/sungeiwangplaza

#ChristmasatSungeiWangPlaza #ARemarkableStar-FilledChristmas #SungeiWangPlaza

Destination: