Polis Percaya Mayat Zayn Rayyan Diletakkan Ketika Hujan Lebat, Hari Yang Sama Dijumpai

TERKINI
December 11, 2023 - 04:35 PM


Petunjuk mendapati hanya seorang individu mungkin terbabit dalam kes itu. Mayat mangsa yang dijumpai pada malam Khamis lepas dipercayai diletakkan di kawasan itu pada petang hari sama ketika hujan lebat menurut Ketua Polis Selangor.

Selain itu, pihak polis sudah menerima sejumah rakaman video papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan yang diletakkan di kediaman Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang menjalankan semakan terhadap dashcam tersebut bagi memperoleh petunjuk baru berhubung kes tersebut.

Destination: