Adik Zayn Rayyan Dibawah Jagaan JKM Selama 2 Bulan

TERKINI
June 14, 2024 - 03:16 PM


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperoleh perintah jagaan sementara adik kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemui meninggal dunia, tahun lalu.

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, Perintah Jagaan Sementara di bawah Seksyen 25(2), Akta Kanak-kanak 2001 dikeluarkan Mahkamah Majistret, Shah Alam, hari ini.

“Kanak-kanak (itu) akan ditempatkan di Institusi Kebajikan untuk tempoh 2 bulan ‘pending’ (bergantung) penyediaan laporan siasatan Orang Yang Layak dan Sesuai,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, JKM Selangor membawa adik Zayn Rayyan ke sebuah hospital untuk pemeriksaan selepas mengambilnya di rumah keluarga ibu bapa Zayn Rayyan di Puncak Bestari, Selangor.

Ia susulan, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik itu pada Disember tahun lalu.

Destination: