Saluran Telegram Dedah Maklumat Kes Zayn Rayyan Bakal Disiasat & Disekat

TERKINI
June 14, 2024 - 02:25 PM


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan susulan penyebaran maklumat didakwa fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi menyekat penyebaran maklumat terbabit termasuk menurunkan kandungan yang dikesan dimuat naik di Telegram

Mohd. Shuhaily menegaskan bahawa segala perkara membabitkan siasatan kes kanak-kanak autistik itu perlu melalui dari pihak rasmi.

“Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan (pelaku) kemudian kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan.

“Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri,” katanya dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman, hari ini.

Destination: