Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan Untuk Bantu Siasatan

TERKINI
June 12, 2024 - 05:30 PM


Masih belum reda dan hangat diperkatakan tentang kes Zayn Rayyan, kini datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin pula ditahan polis petang ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi. Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn.

Sementara itu difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor. Peguam kepada ibu bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd. Moin ketika dihubungi mengesahkan berhubung tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut berkenaan itu.

Destination: