Polis Bawa Patung Kanak-Kanak, Ibu Zayn Rayyan Ke Lokasi Kejadian Untuk Lakonan Semula

TERKINI
June 10, 2024 - 12:46 PM


Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang berada dalam tahanan reman dibawa semula ke kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, hari ini.

Suspek dipercayai dibawa ke blok R untuk melakonkan semula kejadian kehilangan Zayn sehingga mayatnya ditemui pada 6 Disember lalu.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Setakat ini tiada maklumat diperolehi berkenaan ibu Zayn yang dibawa ke lokasi berkenaan bersama suaminya.

Wanita tersebut dibawa ke lokasi kediamannya di Blok R pada sekitar pukul 10.15 pagi tadi.

Destination: