7 Kelebihan Pembayaran Tanpa Tunai Buat Peniaga & Kaki Travel!

PILIHAN EDITOR
December 29, 2023 - 03:52 PM


Buat anda yang gemar melancong ke luar negara mahupun bercuti di dalam negara, pasti anda pernah terfikir bagaimana caranya untuk berbelanja di destinasi percutian dengan mudah & selamat? Bagi peniaga di tempat tarikan pelancong pula pastinya tertanya-tanya apakah cara terbaik untuk tarik pelanggan?

Kehadiran pembayaran tanpa tunai telah merevolusi cara kita bertransaksi dalam era digital ini, sekaligus melancarkan dan menjimatkan masa kaki travel & juga para peniaga! Zaman sekarang ni memang tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak!

Jom kita ikuti 7 kelebihan pembayaran tanpa tunai buat para peniaga dan kaki travel!

1. Landskap pembayaran yang lebih efisien dan bersifat global

Untuk anda yang berniaga di lokasi tarikan pelancong, cara yang paling efisien untuk anda memungut hasil perniagaan yang lebih berbaloi adalah dengan menyediakan mod pembayaran secara tanpa tunai atau lebih tepat, DuitNow.

Kenapa DuitNow? Jawapan mudahnya kerana digunakan oleh ramai pelanggan! Begitu juga dengan pelancong antarabangsa dari Thailand, Singapura, dan Indonesia yang bercuti di Malaysia! Betul, QR Kod DuitNow bagi Malaysia kini saling berhubung dengan QR Kod negara Thailand, Singapura, dan Indonesia! Para pelancong dari negara tersebut hanya perlu mengimbas kod QR DuitNow menerusi perbankan mudah alih atau aplikasi e-dompet mereka.

Bagi peniaga lokal, anda hanya perlu papar Qr Kod DuitNow di gerai mahupun premis anda! Sama juga untuk korang yang nak melancong ke negara tersebut, pembayaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR PromptPay (Thailand), NETS (Singapura), dan QRIS (Indonesia). Usah tukar duit wang asing banyak-banyak atau takut “exchange rate” kredit kad tinggi, kan senang?

2. Mudah dan Pantas

Pembayaran melalui DuitNow dapat dilakukan dengan cepat dan mudah. Transaksi dapat diselesaikan hanya dengan beberapa sentuhan pada telefon pintar anda! Para peniaga juga hanya perlu menunggu notifikasi setelah pembayaran selesai dilakukan.

3. Faktor keselamatan yang tinggi

Pembayaran tanpa tunai seringkali lebih selamat jika dibandingkan dengan membawa wang tunai dalam jumlah besar. Sistem pembayaran DuitNow juga dilengkapi dengan fitur keselamatan lengkap seperti enkripsi data, pengesahan dua faktor dan sebagainya. Oleh itu, pengguna dan peniaga tidak perlu lagi rasa risau!

4. Mudah jejak segala transaksi

Baik buat pelanggan mahupun peniaga, setiap transaksi yang dilakukan melalui DuitNow memudahkan anda untuk menjejak segala rekod transaksi tanpa ada yang tertinggal. Sekaligus menjimatkan masa anda dan juga memudahkan para peniaga untuk memberikan servis yang lebih bermutu!

5. Mengurangkan Risiko Kehilangan Wang

Dengan mengurangkan penggunaan wang tunai, risiko kecurian atau kehilangan dapat diminimumkan sepanjang percutian anda! Begitu juga buat para peniaga, risiko untuk ‘short’ duit juga dapat dikurangkan!

6. Mod pembayaran yang tersedia 24 jam

Kaki travel boleh melengkapkan pembayaran dengan menggunakan DuitNow yang sentiasa bersedia untuk anda selama 24 jam sehari. Jadi anda tidak perlu panik jika anda kekurangan wang tunai dalam tangan. Untuk para peniaga pula dengan adanya DuitNow anda boleh panjangkan lagi waktu perniagaan sebab takyah risau bank tutup dan tak perlu jaga cashier pun duit masuk (ka-ching!).

7. Meningkatkan kecekapan perniagaan

Kecekapan pekerja adalah antara salah satu faktor yang dipandang oleh pelanggan. Lebih-lebih lagi kaki travel yang sentiasa mengejar masa. Jadi dengan adanya DuitNow, kecekapan para peniaga dapat ditingkatkan sebab tak perlu jaga cashier. Masa transaksi pun boleh dipendekkan tau, sebab baki tak perlu diberikan! Sekaligus, lebih ramai lagi  kaki travel dapat menikmati servis atau produk anda.

Namun, setiap kemudahan pastinya ada caj perkhidmatan yang dikenakan. Begitu juga dengan DuitNow. Para peniaga jangan risau, menurut kenyataan daripada Bank Negara Malaysia, caj perkhidmatan untuk DuitNow atau lebih tepat Merchant Discount Rate (MDR) dikenakan bertujuan untuk menampung kos yang dikenakan oleh penerima pembayaran demi menjaga sistem pembayaran dan mengekalkan standard keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan yang tinggi buat pengguna.

Untuk perniagaan kecil pula, majoriti penerima pembayaran DuitNow QR akan dikecualikan dari caj MDR! Selain itu, para peniaga juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan untuk perniagaan seperti kos kakitangan dapat dikurangkan, jimat masa dan minyak kerana tidak perlu ke bank untuk pindah wang tunai dan juga kos keselamatan.

Kesimpulannya, DuitNow QR tetap menjadi salah satu pilihan pembayaran yang paling murah dan terbaik untuk perniagaan dan juga menjadi pilihan utama di kalangan kaki travel baik tempatan mahupun antarabangsa!

Destination: